Harian Metro

Gaun, dress belahan sisi

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Tidak semua artis di Malaysia berani mengayakan gaun yang mempunyai belahan sisi hingga pangkal paha bagi membolehka­n si pemakai menunjukka­n susuk kaki yang langsing dan panjang.

Rahsianya mereka yang memilih busana dengan belahan sisi pangkal paha kerana mahu mendapatka­n ilusi supaya kelihatan ramping dan lampai.

Seperkara lagi yang harus diingat, mereka yang memilih gaun dengan belahan sisi tepi, fabrik dipilih harus sedondon warna.

Ini kerana apabila warna selaras, kaki yang dipamerkan sebalik belahan akan menjadi titik tumpu pada gaya apabila seseorang selebriti itu melalui acara karpet merah.

Lihat saja gaya model yang semakin mencipta nama, Jordan Dunn menampilka­n sebahagian kakinya yang langsing ketika menjayakan acara karpet merah British Fashion Awards 2017, London, baru-baru ini.

Dress potongan tirus selalunya sangat sesuai diberikan belahan sisi tepi pangkal paha kerana ia memberikan ruang untuk kaki bebas bergerak dan tidak terikat dengan fabrik sendat seperti apa yang digayakan selebriti Tatiana Karsakova dan Irina

Shayk.

Mereka yang berisi juga sesuai menggayaka­n gaun belahan sisi seperti pelakon, Mayim Bialik ketika menghadiri acara Nasa Ames Research Center.

Ia lebih kepada memberi keselesaan kepada si pemakai.

Gaun kembang juga jika kena gayanya sesuai diberi belahan sisi, tetapi si pemakai harus bijak untuk menolak kain bagi menunjukka­n sisi kaki yang lampai seperti apa yang dilakukan model popular kelahiran Kanada, Winnie Harlow.

 ??  ?? WINNIE Harlow
WINNIE Harlow
 ??  ?? IRINA Shayk
IRINA Shayk
 ??  ?? MAYIM Bialik
MAYIM Bialik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia