Harian Metro

Baki, Chew kencang di luar negara

-

Sudah lama Cik Pang perhatikan sikap segelintir masyarakat yang ‘buta’ mata dan hati dalam menilai bakat sebenar anak seni tempatan.

Sebenarnya, ramai tidak perasan ada anak seni tempatan berjaya membina nama di peringkat antarabang­sa tanpa perlu menjual gosip murahan semata-mata.

Ada antara mereka secara senyap membina nama di negara asing dan apabila nama sudah meletup, barulah semua orang tahu selepas media asing bercerita mengenai kejayaan mereka.

Jangan pula jadi seperti segelintir anak seni tempatan yang belum apaapa sudah pukul canang konon bakal berlakon dalam filem antarabang­sa. Padahal apabila ditanya untuk tunjuk bukti dan sebagainya, terus diam 1,000 bahasa.

Pun begitu, antara anak seni yang Cik Pang sangat hormat pada masa ini ialah pengacara dan pelakon, Baki Zainal dan pelakon, Chew Kin Wah.

Bakat mereka di negara sendiri kurang dipandang kerana faktor kurang popular, tidak kacak dan lebih menyedihka­n kurang pengikut media sosial. Namun ramai tidak tahu, tawaran seni mereka sangat kencang dan cukup mewah di negara asing.

Contohnya Baki, walaupun tidak dikurniaka­n wajah kacak, kepetahan mengacara dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin membolehka­n dia menjelajah ke

China, Taiwan, Filipina, Singapura, Hong Kong dan banyak lagi.

Chew pula, tibatiba sahaja namanya meletup selepas kejayaan menggondol Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di beberapa anugerah perfileman di Indonesia melalui filem Che Toko Sebelah.

Nama seperti Harith Iskander, Yuna, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Mahadzir Lokman usah dicakaplah! Mereka sudah terlebih dulu mencipta sejarah peribadi tersendiri.

Cik Pang harap lebih ramai anak seni tempatan mengikut jejak langkah mereka. Bukan dengan bercanang dulu baru buat tapi buktikan dulu bakat yang ada. Manakala bagi peminat hiburan tempatan, lihat bakat anak seni daripada mata hati, bukan melalui mata nafsu sematamata, ya!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia