Harian Metro

LEGASI IKON KOM

-

varian ditawarkan iaitu

1.3 Standard G (MT) dan

1.3 Standard G (AT), 1.3 Premium X (AT), 1.5 High (AT), 1.5 Advance (AT).

Penulis antara media yang terawal berpeluang memandu uji Myvi Serba Baru 1.5 Advance dan sebagai kenderaan bawah RM56,000, pelbagai ciri terkini disertakan adalah pelaburan berbaloi.

Bermula dengan rekaan luaran, ia tampil segar dengan saiz keseluruha­n lebih panjang berbanding model terdahulu, namun diperendah­kan 30mm agar lebih kestabilan.

Lampu hadapan dan belakang LED menjadikan pandangan lebih cerah dan jelas dengan fungsi ‘autooff’ dan ‘follow me home’.

Rim aloi dua tona bersaiz 15 inci menyerlahk­an gaya kompak manakala varian 1.3 bersama rim bersaiz 14.

Untuk model ini, ia juga dipasang skirt sisi, bampar belakang dua tona termasuk spoiler selain antena sirip yang lebih sporty.

Menjengah ke ruang dalaman Myvi Serba Baru ini, sistem kemasukan tanpa kunci dan butang tekan mula (PushStart) membolehka­n pemandu tidak perlu lagi menggunaka­n anak kunci bagi menghidupk­an enjin.

Pendingin hawa larasan digital boleh ditetapkan dalam dua mod memori.

Kerusi kulit hadapan dengan kemasan jahitan merah dan putih selesa untuk pemandu serta penumpang.

Bahagian belakang dipanjangk­an 937mm untuk kelegaan ruang kaki manakala ruang but seluas 277 liter, 69 liter liter lebih besar daripada Myvi generasi kedua mampu memuatkan empat beg beroda dengan mudah.

Kerusi belakang boleh direbahkan dan konfiguras­i tempat duduk boleh laras 8+1 yang disesuaika­n dengan pelbagai aktiviti sangat membantu.

Sistem multimedia ‘Smart Link’ dengan sambungan Bluetooth dilengkapi paparan kamera undur selain Pengesan Kedudukan Global (GPS)

 ??  ?? MYVI ikon kompak kenderaan tempatan.
MYVI ikon kompak kenderaan tempatan.
 ??  ?? Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia