Harian Metro

ENAM HARI TIADA MEMORI

- Alif Amal Azahari am@hmetro.com.my

Selepas enam hari dilaporkan hilang, seorang lelaki warga emas akhirnya ditemui selamat di sebuah pondok sebuah kebun di Kampung Kuap, Batu 10 Jalan Padawan, di sini, kelmarin.

Ambing Lumbu,

78, yang mempunyai masalah ingatan dan sakit jantung ditemui seorang pekerja kebun kira-kira jam 5 petang.

Sebelum itu, lelaki terbabit dikatakan keluar dari rumahnya Ahad lalu sebelum kehilangan­nya dimaklumka­n keluarga kepada polis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, terkejut dengan penemuan warga emas itu, pekerja terbabit kemudian menghubung­i majikannya.

“Pekerja terbabit menemui warga emas itu di dalam pondok di kebun berkenaan tetapi dia tidak dapat memberi butiran mengenai dirinya.

“Warga emas itu dijaga pekerja berkenaan dengan memberi makanan sementara menunggu majikannya memaklumka­n kepada ketua kampung.”

Terdahulu mangsa dilaporkan tidur di kebun itu dan diberi makan oleh pekerja kebun.

“Pekerja kebun melaporkan kepada majikannya terdapat seorang lelaki tidur di dalam pondok di kebun sejak dua hari lalu,” katanya.

Katanya, majikan berkenaan kemudianny­a memaklumka­n kepada ketua kampung sebelum pasukan bomba dari

Balai Bomba dan Penyelamat Siburan dihubungi.

Tambahnya, mangsa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan namun keletihan.

“Lelaki warga emas itu kemudianny­a dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaa­n kesihatan,” katanya. simpang untuk membuat pusingan U dan tiba-tiba mangsa yang berada di jalan utama terlanggar bahagian tepi kiri belakang lori,“katanya ketika dihubungi, semalam.

Chandra berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di anggota badan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Queen Elizabeth 1 (QHE1).

“Pemandu lori pula tidak cedera namun ditahan reman hari ini (semalam) untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan

1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabka­n kematian.

Terdahulu, Chandra menasihatk­an orang ramai supaya memandu di jalan raya dengan berhati-hati dan tidak tergesa-gesa menuju ke destinasi bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini.

 ??  ?? MANGSA maut di lokasi kejadian dalam kemalangan di Km 3 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. LORI yang dirempuh mangsa terbabit dalam kemalangan.
MANGSA maut di lokasi kejadian dalam kemalangan di Km 3 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. LORI yang dirempuh mangsa terbabit dalam kemalangan.
 ??  ?? AMBING yang hilang
ingatan ditemui selamat oleh pekerja kebun di sebuah
pondok.
AMBING yang hilang ingatan ditemui selamat oleh pekerja kebun di sebuah pondok.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia