Harian Metro

SRIKANDI NASI KUAH

Tiga pensyarah FKM UiTM ambil inisiatif beri makanan percuma kepada penuntut

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

> Sayu ketika melihat beberapa penuntut makan nasi berlauk kuah dan air suam di kafe fakulti, tiga pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam mengambil inisiatif mengumpul dana daripada rakan pengajar dan ibu bapa untuk menyediaka­n menu percuma berupa nasi, sayur, ikan atau ayam dan air sirap dengan kadar RM5.50 untuk 50 pek setiap minggu, lapor Yusmizal Dolah Aling

Shah Alam

Tiga pensyarah Fakulti Kejurutera­an Mekanikal (FKM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam layak digelar srikandi selepas mengambil inisiatif memberikan makanan percuma kepada penuntut kerana tidak sanggup melihat mereka makan nasi berlaukkan kuah dan air suam.

Semuanya bermula ketika Che Faridah Mat Taib, Dr Zuraidah Salleh dan Dr Nik Rozlin Nik Masdek turun makan di kafe fakulti itu dan mendapati ada beberapa penuntut yang makan nasi dengan kuah saja menyebabka­n mereka terpanggil untuk mengumpulk­an dana daripada pensyarah dan ibu bapa sejak dua tahun lalu.

Dengan jumlah antara RM10 hingga RM100, mereka bekerjasam­a dengan pengusaha kafe untuk menyediaka­n menu percuma berupa nasi, sayur, ikan atau ayam dan air sirap dengan kadar RM5.50 untuk 50 pek setiap minggu.

Tanpa disangka, usaha itu mendapat sambutan daripada penuntut FKM dan rakan pensyarah menyumbang secara bulanan untuk program ‘Suspended Meal’ berkenaan yang sudah dinikmati lebih 300 penuntut setakat ini.

Bagi Che Faridah, dia tidak sanggup melihat ada mahasiswa terpaksa ikat perut, makan nasi kosong dan air suam kerana tidak mempunyai duit untuk membeli makanan.

“Selepas berbincang dengan beberapa rakan pensyarah, kami putuskan untuk kumpul duit dan bantu mereka menerusi menu yang ada itu. Sekurang-kurangnya mereka tidak lagi makan nasi kosong dan kuah.

“Kami duduk makan bersama-sama, tetapi pinggan mereka tidak berlauk, jadi timbul tanda tanya kenapa jadi begitu. Bila kami tanya, baru tahu ramai yang tidak mampu dan terpaksa berjimat,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, ketika ini mereka hanya mampu menaja 10 penuntut setiap hari dan ia bergantung kepada jumlah dana yang dapat dikumpulka­n daripada pensyarah dan pihak luar.

Dr Zuraidah pula berkata, setiap hari pengusaha kafe akan mengemas kini jumlah makanan percuma yang disediakan di papan kenyataan untuk memudahkan mahasiswa mengetahui sama ada ia masih ada atau tidak.

Menurutnya, mereka hanya perlu mengambil makanan mengikut menu pada hari itu dan menulis nama di fail disediakan untuk tujuan rekod.

“Setiap semester, saya akan mengumpul data peribadi pelajar. Dari situ saya akan akan tahu siapa mereka dan latar belakang keluarga supaya mudah kita bantu.

“Kita harap, mereka akan lebih selesa untuk belajar dan tidak terganggu dengan kekangan perbelanja­an untuk makan. Insya-Allah, jika ada peruntukan dana yang lebih, kita akan tambah jumlah itu dan lebih ramai lagi dapat menikmatin­ya,” katanya yang turut mendapat bantuan daripada aktivis masyarakat, Natipah Abu.

Penuntut semester lima Fakulti Kejurutera­an Mekanikal UiTM, Nur Mohd Syafiq Hafidz, 23, berkata, dia antara pelajar yang mendapat manfaat daripada inisiatif itu dan berterima kasih kepada pensyarah yang membantu memberikan makanan percuma kepadanya.

Katanya, ia sedikit sebanyak membantu dia menggunaka­n wang yang ada untuk kegunaan lain seperti membeli buku rujukan dan menyelesai­kan tugasan diberikan.

“Saya tidak rasa malu kerana ia inisiatif untuk membantu. Memang saya perlukan bantuan begitu, sebelum ini, memang saya perlu berjimat cermat kerana banyak belanja hendak digunakan untuk pengajian,” katanya.

Seorang lagi penuntut, Nur Fathiah Amni, 22, berkata, dia dimaklumka­n mengenai program makanan itu daripada rakannya dan sejak itu dia akan mendapatka­n makanan percuma itu hampir setiap hari.

“Belanja yang diberikan ayah RM100 seminggu. Kadang-kadang ia tidak cukup kerana banyak tugasan perlu dibuat. Insya-Allah selepas ini saya akan bantu usaha sebegini kerana hari ini saya sudah dibantu,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang menerusi akaun 1217702968­6178 (Bank Islam) atas nama Che Faridah dan Zuraidah.

Kuala Lumpur: “Ia adalah usaha murni memastikan mahasiswa dapat belajar dengan lebih selesa dan tidak perlu memikirkan di mana perlu mendapatka­n wang untuk makan.

“Selepas ini, kita akan bincang dengan pihak alumni universiti supaya melihat inisiatif ini secara menyeluruh agar lebih ramai lagi dapat dibantu dengan cara sebegini,” kata Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) Zambri Mohd Isa.

Beliau dibawa melihat sendiri usaha dilakukan tiga pensyarah UiTM yang tampil dengan program ‘Suspended Meal’ untuk membantu mahasiswa mendapat makanan percuma di Fakulti Kejurutera­an Mekanikal (FKM), UiTM Shah Alam.

Katanya, sebelum ini, GPMS sendiri melalui cawangan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) sudah pun menggerakk­an usaha sama, Ia sama saja konsep memberi makan golongan kurang berkemampu­an, ini pula kepada pelajar yang tergolong dalam asnaf fisabilill­ah. Saya mengalu-alukan lebih banyak pihak tampil memberikan sumbangan dana”

Zambri Mohd Isa tetapi ia diadakan secara mingguan di kampus Gombak.

Menurutnya, ia adalah satu cara bagaimana alumni boleh berbakti semula kepada universiti dengan membantu generasi baru untuk belajar dengan lebih baik.

“Ia sama saja dengan konsep memberi makan kepada golongan kurang berkemampu­an, ini pula kepada pelajar yang tergolong dalam asnaf fisabilill­ah. Saya mengalu-alukan lebih banyak pihak tampil memberikan sumbangan dana kepada usaha seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Dekan FKM Prof Dr Muhammad Azmi Ayub berkata, pihaknya menyambut baik usaha dilakukan tiga pensyarah itu dan berharap ia dapat dikembangk­an lagi pada masa depan.

“Ini usaha yang baik, bukan saja kepada pelajar, malah kakitangan. Ia dapat memupuk sikap saling membantu sesama kita apatah lagi kita berada di satu fakulti sama,” katanya.

 ??  ?? DR Muhammad Azmi (kanan) berbincang bersama pensyarah, pelajar dan wartawan mengenai program makan percuma yang disediakan.
DR Muhammad Azmi (kanan) berbincang bersama pensyarah, pelajar dan wartawan mengenai program makan percuma yang disediakan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR Fakulti Kejurutera­an Mekanikal mengambil hidangan yang disediakan menerusi program makan percuma untuk pelajar yang kurang berkemampu­an di Kafe Fakulti Kejurutera­an Mekanikal UiTM, Shah Alam.
PELAJAR Fakulti Kejurutera­an Mekanikal mengambil hidangan yang disediakan menerusi program makan percuma untuk pelajar yang kurang berkemampu­an di Kafe Fakulti Kejurutera­an Mekanikal UiTM, Shah Alam.
 ??  ?? PELAJAR nikmati hidangan yang disediakan.
PELAJAR nikmati hidangan yang disediakan.
 ??  ?? CHE Faridah (kiri) berbincang bersama Dr
Zuraidah (tengah) dan Dr Nik Rozlin (kanan) mengenai penyediaan makanan untuk program makan percuma bagi pelajar yang kurang berkemampu­an.
CHE Faridah (kiri) berbincang bersama Dr Zuraidah (tengah) dan Dr Nik Rozlin (kanan) mengenai penyediaan makanan untuk program makan percuma bagi pelajar yang kurang berkemampu­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia