Harian Metro

Sampah air pasang

-

Kuala Terengganu: Pemandanga­n di Pantai Batu Buruk sejak tiga hari lalu, tak ubah seperti tongkang pecah apabila dicemari ranting, daun dan sampah di sepanjang pantai.

Keadaan itu turut menimbulka­n rasa kurang senang dalam kalangan pengunjung dan peniaga di kawasan tumpuan ramai berkenaan.

Difahamkan, sampah berkenaan dibawa ombak ketika kejadian air pasang malam Khamis lalu, namun sehingga semalam, belum ada pihak membersihk­an pantai itu.

Peniaga, Sazali Mustafa, 35, berkata, lambakan sampah itu harus diuruskan segera kerana ia menjejaska­n pemandanga­n selain imej bandar raya ini.

“Pantai ini kawasan yang terkenal dan boleh dikatakan jika ada orang luar datang ke Kuala Terengganu, pasti tidak lepaskan peluang ke sini.

“Kerana itu, amat penting untuk pihak berwajib menyelesai­kan segera masalah sampah ini,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Batu Buruk di sini, semalam.

Menurutnya, berikutan rasa tanggungja­wab untuk mengekalka­n keindahan pantai, dia turut membersihk­an sampah di kawasan berhampira­n gerainya.

“Bagaimanap­un, saya hanya dapat bersihkan sampah di kawasan berdekatan dengan gerai saja kerana sibuk berniaga,” katanya.

Bagi pengunjung, Arlina Mohd Asri, 23, dari Kampung Tasek, Bukit Payong, Marang, agak menghairan­kan sekiranya perkara itu belum sampai ke pengetahua­n pihak berwajib kerana sudah beberapa hari ia berlaku.

“Tolonglah bersihkan segera, saya sebagai orang tempatan pun sakit mata tengok, apatah lagi jika ada orang luar datang ke sini,” katanya.

 ?? FOTO: MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK ?? SAMPAH-SARAP yang terdampar di Pantai Batu Buruk berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku sejak beberapa hari lalu.
FOTO: MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK SAMPAH-SARAP yang terdampar di Pantai Batu Buruk berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia