Harian Metro

Diam-diam sudah berisi

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

 Shima tunggu kelahiran anak 12 Disember

Agak lama menyepi rupa-rupanya pelakon Shima Anuar, 26, dalam debaran menunggu kelahiran anak sulung dan dijangka bersalin 12 Disember ini.

Pelakon filem Nasi Tangas itu berkata, dia dan suami, Mohd Solih Toha, 41, tahu jantina anak mereka menerusi imbasan yang dilakukan, tetapi mahu merahsiaka­n dulu daripada peminat.

“Semua barang bayi siap dan kini saya menunggu ‘hari’ saja. Perasaan gembira dan berdebar silih berganti.

“Harap kelahiran bayi sulung ini dipermudah­kan Allah SWT dan dapat dilahirkan secara biasa,” katanya.

Shima yang mendirikan rumah tangga dengan Solih pada 8 April lalu akui tidak suka bergambar sama ada gambar seorang atau berdua dengan suami.

Katanya, memang tiada gambar baru mereka berdua dimuat naik dalam laman sosialnya hingga ada yang bercakap bukan-bukan.

“Baru-baru ini apabila suami bawa saya makan malam berdua di hotel, barulah saya bergambar dan kongsi dengan semua di laman sosial.

“Agaknya apabila hormon badan berubah, ia turut mempengaru­hi minat saya untuk bergambar,” katanya.

Kata Shima, pada awal kehamilan dia mengalami alahan teruk dan tidak lalu makan sehingga minum air pun nak termuntah.

“Sepanjang kehamilan juga saya tolak tawaran berlakon kerana tidak mahu menyusahka­n produksi kerana perut kena konti.

“Memang saya tak larat buat apa-apa tetapi selepas trimester kedua, barulah keadaan saya beransur baik dan lalu makan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia