Harian Metro

Fatin Afeefa dakwa kenal individu jaja cerita

-

Kuala Lumpur: Pelakon Fatin Afeefa, 24, mendakwa dirinya menjadi mangsa apabila dikaitkan dengan gambar serta artikel yang mendakwa dirinya liar serta lupa tanggungja­wab terhadap anak-anak.

Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin menyifatka­n dakwaan itu satu tindakan untuk menjatuhka­nnya.

Katanya, dia kenal individu yang cuba menjaja cerita buruk mengenai dirinya. “Saya sudah agak sebenarnya cerita buruk itu, tetapi terkejut dengan pelbagai dakwaan tidak betul terhadap diri saya.

“Apabila ramai bertanya mengenai kesahihann­ya, ia membuatkan saya terkesan,” katanya kepada Harian

Metro.

Fatin meluahkan rasa terkejutny­a dengan artikel disiarkan dalam ruangan Cik Pang di Selebriti, Metro Ahad, semalam.

Walaupun tidak menyebut namanya, Fatin akui banyak gambaran mengenai artikel itu kena dengan dirinya.

“Saya tahu siapa cuba jatuhkan saya. Nasihat saya, sudahlah dan hentikan semua fitnah itu kerana saya tidak kisah dengan tanggapan individu terbabit.

“Tapi jangan sampai rosakkan periuk nasi saya kerana masih banyak komitmen yang perlu saya jaga.

“Saya harap individu berkenaan sedar tanggungja­wabnya dan berhenti mengganggu hidup saya,” katanya.

Dalam artikel bertajuk Selamba ‘comolot’ di IG yang disiarkan melalui kolum Cik Pang hari ini, artis wanita berstatus janda itu didakwa semakin liar, mengambil kokain dan mengabaika­n tanggungja­wab terhadap anak-anak.

 ??  ?? FATIN Afeefa
FATIN Afeefa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia