Harian Metro

Konsert amal Norman diteruskan

-

Dungun: Konsert amal bagi membantu penderitaa­n vokalis kumpulan Panji, Norman, tetap diteruskan biarpun artis berkenaan sudah meninggal dunia.

Penyelaras Konsert Amal, Harun Sidek, 52, berkata, pihaknya akan meneruskan konsert terbabit dan hasil sumbangan akan didermakan kepada anak Allahyarha­m Norman atau nama sebenarnya Mohd

Nor Husin.

Menurut Harun, pihaknya sebelum ini bercadang mengadakan konsert amal pada November namun terpaksa ditangguhk­an.

“Kami pada mulanya bercadang mahu adakan konsert amal itu bersama Yayasan Pencegahan Jenayah, tetapi terpaksa menangguhk­an konsert itu berikutan tarikh konsert bertembung dengan kehadiran lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Selepas itu cadangan pada Disember namun sekali lagi terpaksa ditangguhk­an memandangk­an kehadiran musim tengkujuh,” katanya, semalam.

Allahyarha­m Norman yang menghidap penyakit misteri, meninggal dunia di rumahnya jam 7.45 malam kelmarin.

Jenazahnya selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, Jalan Nibong, Dungun, 12 tengah hari semalam.

Harun berkata, pihaknya berbincang dengan beberapa rakan artis antaranya Rahmat Mega, Dwan, Aju Success dan Opie Utopia untuk mengadakan konsert amal itu.

“Insya-Allah, atas pakatan semua rakan artis, kami buat konsert amal ini apabila keadaan cuaca mengizinka­n,” katanya.

 ??  ?? ANAK Norman dari kiri, Nurlisa Alani, Muhammad Farith Firzan, Muhammad Faris Haikal dan Muhammad Fikri Farhan menyiram air mawar di kubur bapa mereka.
ANAK Norman dari kiri, Nurlisa Alani, Muhammad Farith Firzan, Muhammad Faris Haikal dan Muhammad Fikri Farhan menyiram air mawar di kubur bapa mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia