Harian Metro

‘Masyarakat kita terlalu baik...’ Warga Bangladesh tiada dokumen saringan kesihatan

-

 Dapatan kajian UIAM mengenai kebanjiran warga Bangladesh

Kuala Lumpur: Rata-rata warga Bangladesh yang bekerja di negara ini tidak memiliki dokumen saringan kesihatan.

Itu dapatan kajian sekumpulan pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropolog­i Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaa­n Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) iaitu Prof Dr AHM Zehadul Karim, Prof Madya Dr Nurazzura Mohamad Diah, Dr Sohela Mustari dan Dr Md Shahidul Islam Sarker.

Dr Nurazzura berkata, perkara itu perlu dilihat dengan lebih serius oleh pihak berkenaan termasuk Agensi Pemeriksaa­n Kesihatan Pekerja Asing (FOMEMA) sebab tentunya warga Malaysia tidak mahu terkesan atau mendapat implikasi kesihatan yang dibawa warga Bangladesh.

“Hanya sektor makanan dan minuman (F&B) mempunyai prosedur ketat dalam saringan kesihatan pekerja Bangladesh sedangkan sektor lain-lain seperti pembinaan sangat longgar berhubung isu itu,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, antara fokus pihaknya dalam kajian berkenaan ialah aksesibili­ti terhadap saringan kesihatan dalam kalangan pekerja Bangladesh.

Menurutnya, dalam antropolog­i perubatan, migrasi adalah satu isu tetapi pihaknya ingin melihat peluang pekerja Bangladesh itu untuk mengakses saringan kesihatan sebab rakyat Malaysia mengambil berat mengenai isu kesihatan seperti tibi yang mula kembali.

Beliau berkata, penyakit yang mungkin sudah tiada kini wujud kembali dan pekerja Bangladesh itu datang dalam kumpulan besar seterusnya mengundang risiko faktor kedatangan penyakit berjangkit.

“Apa yang lebih membimbang­kan kami adalah isu kesihatan. Kita sedia maklum Malaysia ada undang-undang saringan kesihatan yang ketat apabila ada warga asing masuk ke negara ini atas apa jua alasan atau tujuan. Sama ada tujuan perniagaan, pendidikan atau pekerjaan. Kesihatan mereka perlu disaring.

“Responden kami adalah kombinasi pekerja berdokumen lengkap dan pekerja haram. Kami beranggapa­n tekong yang bawa mereka sudah memenuhi semua keperluan dokumen.

“Tetapi sejauh mana kesahihan atau sejauh mana tekong itu mengikut peraturan, itu perkara lain,” katanya.

 ??  ?? DR Nurazzura menunjukka­n dapatan kajian kumpulan penyelidik Jabatan Sosiologi dan Antropolog­i Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaa­n UIAM
mengenai pekerja Bangladesh di Malaysia.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin. PENDATANG warga Bangladesh baru tiba...
DR Nurazzura menunjukka­n dapatan kajian kumpulan penyelidik Jabatan Sosiologi dan Antropolog­i Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaa­n UIAM mengenai pekerja Bangladesh di Malaysia. LAPORAN Harian Metro, kelmarin. PENDATANG warga Bangladesh baru tiba...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia