Harian Metro

Awak-awak dikhuatiri lemas, lima rakan selamat

-

Rompin: Seorang awakawak dikhuatiri lemas, manakala lima yang lain berjaya diselamatk­an selepas bot nelayan dinaiki mereka karam dipukul ombak di perairan Tanjung Gemok, pada kedudukan empat batu nautika dari Pulau Layak, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Che Mohd Arif Che Hussin, 38, dikatakan terjun bersama empat rakannya dan tekong bot selepas bot mereka mengalami kerosakan termasuk kemusnahan pada bahagian enjin.

Bagaimanap­un, lima daripada mereka berjaya diselamatk­an kumpulan nelayan lain yang berada berhampira­n lokasi kejadian, manakala mangsa dilaporkan hilang dan gagal dikesan.

Timbalan Pengarah Wilayah Maritim Timur (Operasi) Kepten Maritim V Pannir Selvan berkata, pihaknya menerima maklumat dari Balai Polis Rompin jam 9 pagi kelmarin memaklumka­n mengenai kejadian.

“Kami segera mengaktifk­an Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Kuantan dan melakukan pencarian di beberapa lokasi. Pihak maritim turut meluaskan sektor pencarian.

“Bot Maritim Kilat 14 turut digerakkan ke lokasi pencarian. Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Bomba dan

Malaysia.

“Hingga kini mangsa masih belum dijumpai,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Difahamkan, tekong dan empat awak-awak yang selamat dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaa­n kesihatan dan temubual bersama pihak berkuasa.

Pannir Selvan berkata,

Penyelamat kejadian itu turut dimaklumka­n kepada keluarga mangsa dan sebarang perkembang­an lanjut akan dimaklumka­n.

Beliau menasihatk­an nelayan yang turun ke laut supaya merujuk kepada pihak berkuasa, selain perlu memastikan peralatan keselamata­n dalam keadaan lengkap bagi mengelak sebarang masalah atau kemalangan.

 ??  ?? GRAFIK menunjukka­n bot dinaiki sekumpulan nelayan yang dipukul ombak di perairan
Tanjung Gemok di kedudukan 4 batu nautika dari Pulau Layak.
GRAFIK menunjukka­n bot dinaiki sekumpulan nelayan yang dipukul ombak di perairan Tanjung Gemok di kedudukan 4 batu nautika dari Pulau Layak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia