Harian Metro

Muntah susu tiruan

-

Aduan diterima sebuah syarikat pengeluar susu rumusan bayi berhubung seorang bayi muntah teruk apabila menggunaka­n susu keluaran mereka empat bulan lalu, membongkar aktiviti penjualan susu disyaki tiruan di negeri ini.

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Johor dalam pemeriksaa­n dan serbuan Khamis lalu, merampas 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan.

Dalam Operasi Produk Tiruan dijalankan jam 12 tengah hari di lima premis kedai ubat-ubatan dan kedai serbaneka di Iskandar Puteri, Mutiara Rini, Taman Orkid, Nusa Bestari dan Taman Daya itu, tiga daripada lima premis itu didapati menjual susu rumusan bayi (langkah satu) terbabit pada harga sama dengan yang asli.

Pengarah KPDNKK Johor Khairul Anwar Bachok berkata, hasil siasatan mendapati lima premis itu adalah rangkaian perniagaan dimiliki syarikat berdaftar yang sama dan pemilik semua premis perniagaan iaitu lelaki berusia 50-an itu mendakwa tidak sedar kehadiran kotak susu disyaki tiruan berkenaan.

“Kita menerima aduan daripada pengeluar susu berkenaan selepas mereka mendapat satu kes seorang bayi muntah teruk akibat menggunaka­n susu jenama itu.

“Selepas empat bulan risikan dibuat, serbuan dan pemeriksaa­n dijalankan mendapati kotak susu disyaki tiruan ini dijual dan dicampur dengan yang asli pada rak jualan.

“Harga jualannya juga sama dengan pek asli iaitu RM200 bagi setiap pek,” katanya ketika sidang media di Stor KPDNKK di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil rampasan semua kotak susu dianggar bernilai RM42,000 dan kini pihaknya masih menunggu laporan dari Jabatan Kimia sekurang-kurangnya dua minggu bagi mengesahka­n kandungan sebenar semua susu yang dirampas.

“Berdasarka­n maklumat dari pengeluar, mereka mengesyaki kandungan susu itu adalah tiruan dan mereka sendiri dapat mengecam perbezaan susu keluaran mereka walaupun pada luaran pek itu ia kelihatan sama dengan yang asli. “Cuma ada perbezaan pada paket dalaman kotak susu itu yang mana potongan pek yang asli adalah rata, manakala yang disyaki tiruan potonganny­a bergerigi.

“Hasil siasatan awal juga mendapati invois ditemui di premis itu menggunaka­n nama dan alamat syarikat palsu bagi mengeliruk­an pihak berkuasa,” katanya.

Khairul Anwar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011 dan pemilik premis terbabit ditahan dan diambil keterangan sebelum dibebaskan.

Katanya, pihaknya percaya susulan rampasan itu dapat melumpuhka­n kegiatan penjualan dan pengedaran produk susu tiruan di Johor.

 KPDNKK rampas 210 kotak susu jenama ciplak

 ??  ?? KHAIRUL Anwar (dua dari kanan) bersama pegawai KPDNKK menunjukka­n susu rumusan bayi tiruan
yang dirampas.
KHAIRUL Anwar (dua dari kanan) bersama pegawai KPDNKK menunjukka­n susu rumusan bayi tiruan yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia