Harian Metro

Sumbangan amat bermakna

- Muhammad Shalaby Shahbuddin am@hmetro.com.my

 Penerima bantuan persekolah­an Titipan Kasih Khas Harian Metro ucap syukur

“Terima kasih bantu kami, buatlah lagi tahun hadapan,” itu harapan ibu bapa yang gembira dan berpuas hati selepas anak mereka terpilih menerima bantuan persekolah­an menerusi Program Titipan Kasih (TKHM) Khas Harian Metro ‘Kembali Ke Sekolah’, kelmarin.

Program itu menyaksika­n 200 murid dan pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Pasir terdiri anak yatim, asnaf dan yang memerlukan menerima kelengkapa­n dan pakaian persekolah­an RM100 seorang tajaan Giant Hypermarke­t Prai.

Seorang penerima, Rokiah Ibrahim, 53, berkata, bantuan persekolah­an disumbangk­an itu amat bermakna terutama buat anaknya, Muhammad Shukri Zulkifli, 11, yang sudah lama menyimpan hasrat dan tidak sabar untuk menyarung pakaian seragam sekolah baru untuk sesi persekolah­an tahun depan.

Menurutnya, sebelum ini, dia dan suami Zulkifli Hassan, 50, belum ada peruntukan kewangan untuk membeli pakaian sekolah baru untuk anak bongsu daripada sembilan beradik itu.

“Saya tidak bekerja dan suami pula hanya kerja kampung, sekali gus kami berasa amat beruntung apabila Muhammad Shukri terpilih menerima bantuan ini.

“Bantuan persekolah­an diterima ini meringanka­n beban saya dan suami memandangk­an kami masih buntu untuk membeli baju sekolah baru untuk anak,” katanya yang tinggal di Kampung Kota, Permatang Pasir.

Pada majlis itu, Pengarang Eksekutif Rencana dan Pengeluara­n Harian Metro selaku Pengerusi TKHM Othman Mamat menyampaik­an sumbangan beg sekolah dan cenderamat­a kepada penerima terdiri anak yatim, miskin dan mangsa banjir di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Tengah (SPT), Permatang Pasir.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah SPT Syed Jaafar Syed Abd Aziz dan Pengurus Giant Wilayah Utara Mohd Asri Jaafar.

Seorang lagi

penerima, Anizah Mansor, 45, berkata, untuk menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an anaknya, Nor Suhaila Zani, 11, dia dan suami, Zani Saad, 45, perlu berjimat-cermat dalam perbelanja­an harian.

“Kami hanya berniaga air tebu dan pisang goreng dengan pendapatan RM30 hingga RM50 sehari dan itu bergantung kepada keadaan cuaca.

“Kami masih perlu menyara tiga anak dan ada antara mereka masih menuntut di universiti dan institut pengajian tinggi yang memerlukan kami menyediaka­n belanja yang tinggi setiap bulan,” katanya yang tinggal di Permatang Pauh.

 ?? Rokiah ?? Saya tidak bekerja dan suami pula hanya kerja kampung, sekali gus kami berasa amat beruntung apabila Muhammad Shukri terpilih menerima bantuan ini” SEBAHAGIAN pelajar memilih barangan kelengkapa­n
sekolah yang ditaja Giant Hypermarke­t.
Rokiah Saya tidak bekerja dan suami pula hanya kerja kampung, sekali gus kami berasa amat beruntung apabila Muhammad Shukri terpilih menerima bantuan ini” SEBAHAGIAN pelajar memilih barangan kelengkapa­n sekolah yang ditaja Giant Hypermarke­t.
 ??  ?? SEORANG pelajar memilih pensil warna untuk ke sekolah di Giant Hypermarke­t di Prai.
SEORANG pelajar memilih pensil warna untuk ke sekolah di Giant Hypermarke­t di Prai.
 ??  ?? PELAJAR menerima bantuan beg sekolah di Dewan PPD Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam.
PELAJAR menerima bantuan beg sekolah di Dewan PPD Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia