Harian Metro

PPBSP ringan derita

- Amran Yahya am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Penduduk Bandar Saujana Putra (PPBSP) sudah membantu menyiapkan permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Yunus Yut, 70, dan anak perempuann­ya Yuslina Yut, 37, bagi mengurangk­an beban hidup yang dihadapi dua beranak itu.

Pengerusin­ya, Zaharudin Ithenin berkata, pihaknya turut berusaha mendapatka­n bantuan sama buat dua cucu Yunus, Ahmad Danial Haziq Maziwam, 8, dan Ahmad Danial Harraz, 6, yang terpaksa menjaganya selain ibu mereka, Yuslina yang menghadapi penyakit kronik.

“Apa yang pihak persatuan boleh bantu adalah memastikan bantuan JKM dan Lembaga Zakat Selangor kepada keluarga ini diterima secepat dan sebaik mungkin.

“Alhamdulil­lah, Lembaga Zakat Selangor sudah meluluskan permohonan bantuan dialisis kepada Yuslina yang menghidap masalah buah pinggang tahap empat untuk tempoh November hingga Disember ini,” katanya.

Muka depan Metro Ahad semalam melaporkan pengorbana­n Ahmad Danial Haziq dan adiknya Ahmad Danial Harraz menjaga makan minum malah memasak makanan ringkas buat datuk mereka, Yunus yang terlantar sakit sejak tujuh bulan lalu akibat kecederaan tulang pinggul.

Mengulas lanjut Zaharudin berkata, PPBSP tidak berhenti setakat keluarga berkenaan semata-mata malah melihat masalah penduduk secara keseluruha­n.

“Selepas ini akan ada beberapa perkara lagi yang akan kami usahakan dalam membela nasib keluarga terbabit,” katanya.

Abu Bakar Osman, 64, yang bertanggun­gjawab menjaga sahabat baiknya, Abdul Khalid Abdul Majid, 56, di surau lama di Kampung Angga Bisa, Gachong, menahan sebak sebelum linangan air mata membasahi pipi sebaik mengetahui rakannya meninggal dunia, kelmarin.

Kerinduan jelas terpancar di wajah Abu Bakar apabila Abdul Khalid menghembus­kan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor akibat kanser usus.

Abu Bakar berkata, biarpun arwah sudah tiada dia

 Rakan gagal tahan sebak sebaik terima berita kematian

Abdul Khalid

bersyukur sahabatnya dipertemuk­an semula dengan ahli keluarga selepas 10 tahun terpisah.

“Biarpun hanya seminggu, saya bersyukur arwah dapat berjumpa semula adik-beradiknya. Sebagai seorang rakan, saya doakan dia ditempatka­n dalam kalangan orang beriman,” katanya sebak.

Menurut Abu Bakar, sejak mempelajar­i ilmu agama di surau itu pada 2007, arwah tidak pernah membuka mulut untuk bertemu anggota keluarga.

“Dia sekadar bercerita mengenai bekas isteri termasuk dua anak perempuan. Pada masa sama, kami cuba menjejaki keluargany­a di Alor Gajah, Melaka tetapi gagal,” katanya.

Sehinggala­h pada awal Oktober lalu, tahap kesihatan Abdul Khalid kian meruncing sebelum pihaknya memutuskan untuk menyiarkan kisahnya di akhbar ini.

“Alhamdulil­lah, selepas dua hari kisah Abdul Khalid disiarkan Harian Metro, keluarga Abdul Khalid datang menjemput. Dia juga meninggal dunia sisi keluarga,” katanya.

Menurutnya, dia mengetahui kematian Abdul Khalid jam 9 pagi kelmarin selepas dimaklumka­n rakan.

“Ketika itu saya sebak, rindu dan sayu. Arwah sahabat yang baik dan dia seperti adik kandung sendiri,” katanya.

 ??  ?? ABU Bakar menatap berita pemergian sahabatnya, Abdul Khalid.
ABU Bakar menatap berita pemergian sahabatnya, Abdul Khalid.
 ??  ?? LAPORAN Metro Ahad, semalam.
LAPORAN Metro Ahad, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia