Harian Metro

Bantah PM Israel

-

 Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di tengah kota Paris

Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Place De La Republique di tengah kota Paris, Perancis bagi membantah kehadiran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan terhadap deklarasi awal minggu ini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel.

Namun, ketegangan memuncak apabila penunjuk perasaan pro-Israel menghampir­i perhimpuna­n itu dengan membawa bendera Israel dan AS, lapor Reuters.

Polis bagaimanap­un mengawal keadaan dan memisahkan kedua-dua kumpulan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dijangka bertemu dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Paris minggu ini.

Sementara itu, Netanyahu menuduh pegawai Eropah bersikap hipokrit kerana mengkritik keputusan Trump itu.

Walaupun tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin, Netanyahu berkata, pemimpin yang sama gagal mengutuk serangan roket ke wilayah Israel dari Gaza.

Beliau mengeluark­an kenyataan itu sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Ben Gurion ke Perancis.

Perancis dan pemimpin tertinggi Eropah lain melancarka­n serangan terhadap Trump berhubung isu itu dan menganggap seolah-olah sengaja membangkit­kan kemarahan negara Arab dan dunia Islam.

Protes dan demonstras­i merentasi Tebing Barat serta Gaza yang memasuki hari ketiga berikutan pengumuman Trump itu.

Sementara itu, laporan AFP menyebut, tentera Israel mendakwa setakat ini berlaku pertempura­n di 20 lokasi.

Katanya, 600 rakyat Palestin membaling bom api dan membakar tayar ke arah tentera Israel.

Menurut tentera Israel, mereka menyerang gudang dan tapak pembuatan senjata pejuang Palestin dan ia dilakukan bagi membalas serangan yang dilancarka­n ke arah wilayah mereka.

Sementara itu, di Jakarta, ribuan orang membantah di luar Kedutaan AS di ibu negara Indonesia itu semalam Kaherah: Liga Arab pada mesyuarat tergempar menteri luar di Kaherah, Mesir menyifatka­n perdamaian tidak berlaku tanpa pembebasan Baitulmaqd­is.

Mesyuarat itu menganggap keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel adalah langkah bahaya dan tidak boleh diterima, selain jenayah terang-terangan dalam penyelesai­an politik berhubung konflik Palestin-Israel.

Setiausaha Agung Liga susulan keputusan kontrovers­i Trump dengan membawa sepanduk menyatakan Palestin ada di hati kami, lapor Reuters.

Pemimpin negara yang mempunyai populasi penduduk Islam terbesar itu menyatakan bantahan mengutuk Trump dan sekutu Barat serta menganggap keputusan itu memberi tamparan kepada usaha damai Israel-Palestin, selain mencetuska­n segera melawat Baitulmaqd­is sebelum ia menjadi mangsa kepada keputusan Amerika dan ancaman Israel,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Luar Jordan Ayman Al-Safadi berkata, pihaknya mahu keamanan sebagai pilihan strategik yang dituntut untuk semua rakyat Palestin buat selama-lamanya.

“Bagaimanap­un, tiada perdamaian tanpa kebebasan melainkan Baitulmaqd­is bebas dan diiktiraf sebagai ibu negara Palestin,” katanya. lebih banyak keganasan.

Ribuan penunjuk perasaan di negara yang majoriti penduduk Islam di Asia berkumpul berikutan keputusan itu mengutuk tindakan AS. - AGENSI

 ??  ?? ANGGOTA polis mengawal bantahan aktivis di Paris sempena lawatan Netanyahu ke Perancis.
ANGGOTA polis mengawal bantahan aktivis di Paris sempena lawatan Netanyahu ke Perancis.
 ??  ?? AKTIVIS di Paris membantah lawatan Netanyahu ke Perancis.
AKTIVIS di Paris membantah lawatan Netanyahu ke Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia