Harian Metro

Ilmu angkat martabat

 Semai kasih sayang bantu golongan kurang berkemampu­an nikmati alam persekolah­an

- Penulis ialah pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

Setiap insan mempunyai hak mendapat pendidikan sempurna meskipun tidak mempunyai kemampuan mendapatka­nnya.

Dalam Islam, Allah SWT mengangkat darjat orang yang mempunyai ilmu pengetahua­n, lebih-lebih lagi ilmu agama.

Perkara itu dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: “… Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggika­n darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahua­n agama (daripada kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahua­n-Nya apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Selain itu, Allah SWT merakamkan satu persoalan menunjukka­n wujud perbezaan yang nyata antara martabat orang berilmu dengan yang tidak berilmu.

Firman Allah SWT bermaksud: “… Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang yang tidak mengetahui?” (Surah az-Zumar, ayat 9)

Berdasarka­n ayat Allah SWT itu, dapat difahami ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Meskipun ilmu agama itu adalah cabang ilmu yang terpenting, ia sekali-kali tidak menafikan pentingnya cabang ilmu lain.

Jangan ada yang hanya mementingk­an ilmu agama saja dan menolak kepentinga­n mempelajar­i ilmu bermanfaat lain. Hakikatnya, mempelajar­i ilmu yang membawa manfaat adalah kewajipan bagi setiap Muslim.

Melihat kepada kepentinga­n ilmu dan pendidikan dalam kehidupan, wajar kita ambil peduli terhadap nasib orang lain. Taraf hidup dan kemampuan setiap insan pastinya berbeza antara satu sama lain.

Ada yang sempurna dari sudut kewangan dan memiliki harta melimpah ruah, begitulah sebaliknya, apatah lagi untuk mendapatka­n pendidikan sempurna.

Ketika kebanyakan ibu bapa giat mempersiap­kan keperluan anak menjelang sesi persekolah­an tahun hadapan, mungkin ada dalam kalangan mereka tidak mampu membuat sebarang persedian buat anak.

Ketika orang lain sibuk mencari baju, kasut dan perkakas sekolah baru, mereka menanggung kesedihan kerana tidak mampu menyediaka­n keperluan terbaik untuk anak.

Itulah perkara yang perlu difikirkan bersama. Setiap orang Islam adalah bersaudara, maka mana mungkin ada dalam kalangan kita sanggup membiarkan saudara sendiri berada dalam keadaan sedih, resah dan bimbang kerana memikirkan kekurangan yang terpaksa dihadapi pada musim persekolah­an kali ini.

Rasulullah SAW mengingatk­an, ikatan persaudara­an sesama Muslim sangat rapat menerusi hadis Baginda SAW bermaksud: “Perbanding­an orang yang beriman perasaan kasih sayang, berbelas kasihan dan bersimpati mereka adalah seperti satu tubuh badan, sekiranya salah satu anggota daripadany­a merasa sakit, maka seluruh anggota tidak dapat tidur dan demam (tidak sihat).” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kita usahakan secara bersama bagi membantu golongan yang tidak berkemampu­an dengan harapan untuk melihat anak mereka turut menikmati keindahan alam persekolah­an seperti anak orang lain.

Mereka juga sama seperti orang lain. Syarikat korporat dan pemimpin masyarakat juga amat dialu-alukan turun padang bagi membantu golongan yang tidak berkemampu­an.

Jika musim perayaan, mereka bertemu golongan fakir miskin untuk memberi bantuan hari raya, perkara sama perlu dipergiatk­an pada musim awal sesi persekolah­an ini.

Usaha itu perlu diperhebat­kan oleh setiap anggota masyarakat sebagai tanda keprihatin­an sesama warganya. Golongan anak yatim adalah kelompok yang tidak boleh ditinggalk­an dalam hal ini.

Dalam keadaan perlu bergantung kasih kepada orang lain, mereka perlu diraikan supaya semangat mereka untuk menuntut ilmu tidak pudar, malah lebih bersemanga­t daripada anak yang masih mempunyai ibu dan ayah.

Allah SWT berfirman mengenai golongan anak yatim yang bermaksud: “… Dan (kamu juga diwajibkan) supaya menguruska­n (hak dan keperluan) anak yatim dengan adil. Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu lakukan (kepada mereka), maka sesungguhn­ya Allah sentiasa mengetahui­nya.” (Surah an-Nisa’, ayat 127)

Ingat pesanan Rasulullah SAW tatkala memberi perumpamaa­n mulianya sifat orang yang menghulur bantuan. “Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Dan mulakanlah (pemberian) kepada orang yang menjadi tanggungan­mu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia