Harian Metro

4 syarat harus doktor lelaki rawat wanita

- Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Apakah hukum doktor lelaki menyambut kelahiran dan melihat faraj wanita sewaktu bersalin sedangkan di hospital itu terdapat doktor perempuan? Bagaimana aurat wanita dalam perubatan?

Tidak dibenarkan di sisi hukum syarak bagi lelaki untuk melihat aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat keperluan dan arurah (keperluan mendesak).

Antara bentuk pengecuali­an ialah rawatan al-fasdu (venesectio­n, venipunctu­re, phlebotomy), berbekam, dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangk­an haraj (kesukaran) sedangkan haraj dihilangka­n oleh syarak.

Justeru, harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat:

Jika wujud perawat yang Muslim, maka tidak boleh digantikan.

Ditemani mahram, suami atau wanita yang thiqah (terpercaya).

Ketiadaan perawat wanita atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki.

Perawat boleh melihat bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya. Ini berdasarka­n hadis Jabir RA maksudnya:

“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalanka­n rawatan bekam ke atas Umm Salamah.”

Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)

Rujuk al-Mutamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127)

Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahull­ah bagi syarah hadis itu maksudnya: “Dijelaskan oleh ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalanka­n rawatan bekam, fasdu dan khitan.”

Berkata al-Taibi Rahimahull­ah: “Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan”. Rujuk Marqah al-Mafatih (no 3103)

Justeru, termasuk dalam kategori rawatan itu ialah menyambut kelahiran kerana ia membabitka­n nyawa ibu dan anak. Kami syorkan semua dawabit atau syarat yang dinyatakan itu dipatuhi bagi memastikan ketenangan pihak pesakit, hospital dan keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia