Harian Metro

Bawa batik ‘kelate’ ke kota fesyen dunia

 Anak jati Kampung Penambang tinggalkan bidang seni bina

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

Baru berusia 32 tahun, namun pengusaha batik ini sudah meneroka pasaran di kota fesyen terkemuka seperti New York, Paris dan Tokyo.

Batik rekaannya bukan calang-calang, sebaliknya Nik Faiz Nik Amin yang berasal dari Kampung Penambang, Jalan PCB di sini, mengutamak­an motif ketam guri, ukiran kayu sebagai asas.

Keunikan corak yang turut diserikan gaya kontempora­ri digemari peminat batik pelbagai peringkat, daripada orang kebanyakan hingga ke golongan kenamaan (VIP) dan pembesar negara.

Dilahirkan dalam keluarga pembuat batik, lepasan Sarjana Muda Seni Bina, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) ini tidak ralat meninggalk­an bidang seni bina demi industri batik.

Katanya, dia mahu memartabat­kan batik dan mengangkat­nya hingga ke peringkat dunia khususnya dalam membawa nama batik Kelantan menerusi labelnya, Ruzz Gahara, Gahara Label dan Ra-E.

“Saya menceburi lapangan ini hampir 10 tahun selepas menamatkan pengajian di UIAM dan semakin serius apabila dibantu rakan kongsi selain ahli keluarga.

“Walaupun mempunyai peluang menjadi arkitek dengan gaji lumayan, saya memilih perusahaan batik kerana minat dan kecenderun­gan terhadap memartabat­kan kesenian ini sejak kecil lagi.

“Alhamdulil­lah, usaha saya berbaloi apabila saya dapat tembusi pasaran antarabang­sa dan memperkena­lkan batik Kelantan. Saya gembira dan berbangga dapat harumkan nama Malaysia juga.

“Pada masa sama, saya turut perkenalka­n Kampung Penambang sebagai antara pengeluar batik berkualiti yang dahulunya kurang dikenali,” katanya ketika ditemui di studionya di sini.

Usaha anak muda ini juga berbaloi apabila ditawar Dana Belia 1Malaysia 2011 dan Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) oleh Unit Pemandu Agenda Bumiputera (TERAJU) pada 2014.

Penawaran itu sebagai galakan buat belia yang berjaya sepertinya untuk mengembang­kan lagi perusahaan, sekali gus mengharumk­an nama Malaysia.

“Saya bersyukur kerana kini mempunyai dua butik menerusi jenama Ruzz Gahara masing-masing di Kuala Lumpur dan Penambang, Jalan PCB,” katanya.

Anak kelapan daripada sembilan beradik itu mengakui tidak mudah untuk memperkena­lkan batik rekaannya ke mata dunia kerana dia perlu menebalkan muka untuk laksana promosi, selain dibebani kos tinggi.

Namun berbekal semangat dan iltizam, pengorbana­nnya dibalas dengan usaha sama bersama tiga rakan niaga di Paris, Perancis; Budapest, Hungary dan Tokyo, Jepun.

Kini, setiap bulan, batik rekaannya akan dihantar ke pembekal berkenaan untuk edaran di negara terbabit serta sekitarnya.

“Saya berhasrat mengukuhka­n lagi perusahaan batik saya ke Australia dan negara Asia yang lain,” katanya yang mempunyai 30 pekerja.

Nik Faiz berkata, kegigihan arwah datuknya, Che Ismail Yusoff membuat batik dan dijual kepada peniaga sekitar Kelantan lebih dua dekad lalu sentiasa menjadi inspirasin­ya untuk berjaya.

“Melihat kegigihan arwah membuat batik dan menjualnya kepada penjual ketika saya berusia 12 tahun, menjadi perangsang saya untuk melakukan yang terbaik.

“Arwah pencetus minat saya untuk terbabit dalam perniagaan ini dan meneruskan legasi keluarga kami yang mengusahak­an batik.

“Cumanya, saya menggunaka­n kelebihan dimiliki untuk memasarkan­nya ke luar negara. Malah saya juga menjenamak­an semula batik arwah datuk,” katanya.

Alhamdulil­lah, usaha saya berbaloi apabila saya dapat tembusi pasaran antarabang­sa dan memperkena­lkan batik Kelantan. Saya gembira dan berbangga dapat harumkan nama Malaysia juga”

Nik Faiz

 ??  ?? ANTARA koleksi batik yang mendapat tempat di hati pelanggan antarabang­sa.
ANTARA koleksi batik yang mendapat tempat di hati pelanggan antarabang­sa.
 ??  ?? RAKAN kongsi, Difah Jusoh, 42, mencanting kain batik berasaskan ketam guri ukiran kayu sambil diperhatik­an Nik Faiz.
RAKAN kongsi, Difah Jusoh, 42, mencanting kain batik berasaskan ketam guri ukiran kayu sambil diperhatik­an Nik Faiz.
 ??  ?? NIK Faiz menerima anugerah daripada Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) yang disampaika­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2014.
NIK Faiz menerima anugerah daripada Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) yang disampaika­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2014.
 ??  ?? KEMEJA batik yang dihasilkan Nik Faiz.
KEMEJA batik yang dihasilkan Nik Faiz.
 ??  ?? GALERI batik Nik Faiz di Kampung Penambang, Jalan PCB, Kota Bharu.
GALERI batik Nik Faiz di Kampung Penambang, Jalan PCB, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia