Harian Metro

Jangan sampai diri merana

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

 Keldai akaun boleh dijel, denda

Awas jika akaun bank anda digunakan oleh pihak ketiga untuk mengeluark­an amaun wang dalam jumlah mencurigak­an.

Ini kerana peminjam akaun atau keldai akaun boleh diambil tindakan Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim yang memberi peringatan itu berkata, setiap pemilik akaun bank perlu memerhatik­an butiran dan transaksi akaun mereka bagi mengelak menjadi mangsa keldai akaun sindiket penipuan.

Menurutnya, majoriti sindiket penipuan termasuk African Scam, Macau Scam, pinjaman tidak wujud dan penipuan melalui pembelian dalam talian akan menggunaka­n akaun bank pihak ketiga atau keldai akaun untuk transaksi pemindahan wang mangsa.

“Keldai akaun itu biasanya akan dibayar komisen untuk setiap transaksi dan sebaik mangsa memindahka­n wang ke akaun mereka, pemindahan seterusnya akan dilakukan ke akaun ahli sindiket di dalam negara atau luar negara.

“Apabila kami membuat siasatan selepas menerima laporan polis yang dibuat mangsa, hanya keldai akaun ini dapat dikesan dan siasatan menjadi lebih sukar sekiranya akaun ahli sindiket itu didaftarka­n di bank luar negara,” katanya pada sidang media selepas Program Pencegahan Jenayah “Be Smart Don’t Be a Victim of Cybercrime” anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Kuala Lumpur di Plaza Low Yatt, semalam.

Menurutnya, jumlah kerugian kes penipuan membabitka­n jenayah komersial Kuala Lumpur mencatatka­n penurunan 19.5 peratus dari Januari hingga November tahun ini hasil daripada kempen kesedaran yang sering dianjurkan oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Berdasarka­n statistik, dalam tempoh 11 bulan tahun ini, lebih RM242 juta kerugian dicatat berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak lebih RM300 juta, sekali gus mencapai penurunan sebanyak 19.5 peratus.

Beliau berkata, meskipun ada penurunan, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) peringkat kontinjen dan daerah tetap komited untuk memastikan tiada lagi kes penipuan yang berlaku di seluruh Kuala Lumpur.

“Disebabkan itu, saya mewajibkan kempen kesedaran diadakan sebulan sekali di peringkat daerah dan sekali dalam tempoh dua bulan untuk peringkat kontinjen untuk masyarakat lebih sedar modus operandi yang sering dilakukan oleh sindiket.

“Kebiasaann­ya suspek atau dalang kes penipuan ini mengambil kesempatan ke atas mereka yang terlalu panik atau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan ini,” katanya.

Katanya, kempen kesedaran yang dijalankan dengan kerjasama pengurusan Plaza Low Yatt itu bertujuan mendidik masyarakat daripada menjadi mangsa penipuan yang banyak terjadi dengan menggunaka­n gajet telefon bimbit dan komputer.

“Hampir kebanyakan modus operandi sindiket penipuan menggunaka­n dua jenis gajet ini dan mangsa akan dihubungi pihak tertentu (suspek) dan dimaklumka­n kononnya mereka mempunyai masalah harian seperti hutang bank, pembayaran pinjaman, kad kredit serta terbabit kes jenayah.

“Justeru apabila berhadapan situasi ini, mangsa yang dihubungi tadi akan panik dan mudah terpedaya sebelum menyedari mereka sebenarnya ditipu,” katanya.

 ??  ?? MAZLAN (dua dari kiri) pada perasmian program Pencegahan Jenayah ‘Be Smart-Don’t Be A Victim Of Cybercrime’, semalam.
MAZLAN (dua dari kiri) pada perasmian program Pencegahan Jenayah ‘Be Smart-Don’t Be A Victim Of Cybercrime’, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia