Harian Metro

Harap isteri sedia harungi dugaan

- DARI MUKA R23

Abam minta masyarakat beri ruang kepada Nor Hidayah jalani hidup normal

Jumaat lalu, Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan sah bergelar suami kepada Nor Hidayah dengan sekali lafaz di Masjid Jamek Sultan Hishamuddi­n, Sabak Bernam.

Majlis yang dihandiri keluarga dan sahabat handai itu menyaksika­n

Nor Hidayah menerima mas kahwin RM3,000 dan sembilan dulang hantaran berbalas 11.

Turut setia menemani Abam sepanjang majlis itu, Fad dan Achey Bocey.

Abam ketika ditemui Harian Metro menzahirka­n rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyunting Hidayah menjadi suri hidupnya.

“Sebenarnya, saya masih gemuruh apabila bertukar status daripada bujang kepada suami orang.

“Bagaimanap­un, syukur apa yang dirancang berjalan lancar dan bermulalah fasa baru dalam hidup saya serta isteri,” katanya.

Menurut Abam, dia ada berpesan kepada Nor Hidayah supaya bersedia mengharung­i segala dugaan selepas mengahwini­nya.

“Sebelum bernikah, saya sering bertanya adakah dia sudah bersedia menjadi isteri saya? Mampukan dia bertahan dengan kata-kata kurang enak yang bakal didengari?

“Dia tersenyum dan menjawab sanggup demi cinta,” katanya yang mengenali Nor Hidayah hampir lapan tahun lalu.

Abam turut meminta masyarakat memberi ruang kepada wanita yang dicintainy­a melakukan aktiviti seperti insan lain.

“Kalau boleh, berilah ruang kepada isteri saya menjalani hidup normal seperti wanita lain. Bukan apa, dia tidak mahu orang ramai mengenalin­ya sebagai isteri kepada pelawak terkenal.

 ??  ??
 ??  ?? Biarlah dia makan di kedai yang diingininy­a dan membeli-belah
tanpa sebarang gangguan
BERSAMA ibu Abam, Sabariah Arshad (dua dari kiri).
Biarlah dia makan di kedai yang diingininy­a dan membeli-belah tanpa sebarang gangguan BERSAMA ibu Abam, Sabariah Arshad (dua dari kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia