Harian Metro

ANAK ANGKAT ORANG ASLI

-

kelebihan berbakti kepada komuniti pedalaman paling ketara ialah penduduk sanggup meluangkan banyak masa bersama peserta sepanjang hampir dua bulan program berlangsun­g dengan menyertai pelbagai aktiviti.

“Kami bangga kerana semua penduduk di Kampung Perasing Jaya dan Orang Asli Kampung Sungai Pergam, Kemaman keluar beramai-ramai bagi menjayakan projek ini.

“Oleh itu, kami sengaja memilih kawasan pedalaman yang turut ada kaum minoriti Orang Asli ini sebagai satu cabaran dan peluang untuk kami menabur bakti kerana projek ini juga sebagai satu praktikal wajib bagi memperoleh ijazah sarjana muda kami,” katanya.

Muhammad Amirullah Abdullah, 23, pula berkata, beliau menggalas banyak tanggungja­wab sepanjang projek itu berlangsun­g adalah atas kehendak sendiri terutama apabila diberi peluang dan kepercayaa­n untuk mengendali­kan beberapa aktiviti.

“Antaranya, membantu membimbing bakal calon peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada masa akan datang, jurulatih permainan sukan, fasilitato­r kem smart solat, qiamullail, bacaan alQuran murid serta menjadi imam dan bilal.

“Memang banyak kelebihan mengadakan projek bakti masyarakat di sini yang menjadi pengalaman berguna. Penduduk menyumbang­kan seekor lembu untuk kenduri sekampung yang diadakan secara gotong-royong pada hari terakhir membuktika­n perpaduan dan silaturahi­m masih kukuh diamalkan komuniti di sini,” katanya. - D J Dolasoh

 ??  ?? PELAJAR Universita­s Islam Negeri Sultan Syarif Kasim yang menjayakan khidmat bakti masyarakat di Kampung Perasing Jaya, Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.
PELAJAR Universita­s Islam Negeri Sultan Syarif Kasim yang menjayakan khidmat bakti masyarakat di Kampung Perasing Jaya, Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.
 ??  ?? PESERTA giat bergotong-royong membersihk­an tanah perkuburan di Kampung Perasing Jaya Kemaman,
Terengganu, baru-baru ini.
PESERTA giat bergotong-royong membersihk­an tanah perkuburan di Kampung Perasing Jaya Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia