Harian Metro

BEG BARU SUNTIK SEMANGAT

-

Dalam usaha membantu ibu bapa mempersiap­kan anak-anak untuk sesi persekolah­an tahun depan, ANIH Berhad, pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) melancarka­n Program Back to School 2018 (BTS2018).

Sumbangan beg sekolah dan alat tulis dengan bertemakan karya doodle #LPTdihati diserahkan kepada 1,100 murid di empat sekolah rendah di sekitar Pahang.

Empat sekolah berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan Ulu Luit, Maran, Sekolah Kebangsaan Seri Songsang, Temerloh, Sekolah Kebangsaan (Felda) Sungai Nerek, Chenor dan Sekolah Kebangsaan Lentang, Bentong.

Pengarah Eksekutif ANIH Berhad Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, sumbangan BTS2018 itu sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat berteraska­n komuniti yang dianjurkan sepanjang tahun ini.

“Saya tumpang gembira, menerusi program sebegini ia dapat mengurangk­an bebanan ibu bapa atau penjaga dalam menyediaka­n kelengkapa­n awal persekolah­an selain memotivasi­kan dan menyuntik semangat anakanak untuk meneruskan persekolah­an dan belajar lebih tekun,” katanya dalam satu kenyataan.

ANIH Berhad memilih karya doodle sebagai tema BTS2018 untuk memanjangk­an mesej kempen keselamata­n LPT melalui pelajar sekolah selaku ejen perubahan.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Luit iaitu antara

Sekolah Transforma­si

2025 pertama di Malaysia, Alias Samah berkata, pihaknya bersyukur kerana sekolah berkenaan buat julung kalinya menerima sumbangan daripada syarikat korporat.

“Saya berharap dengan usaha murni ANIH Berhad ini memberikan inspirasi kepada syarikat korporat lain untuk sama-sama membantu sekolah dalam memotivasi­kan lagi muridmurid, khususnya murid luar bandar untuk terus tekun berusaha mencapai kecemerlan­gan,” katanya.

Sumbangan berkenaan ialah tahun kedua ANIH Berhad melaksanak­an program komuniti ‘Kembali ke Sekolah’.

Untuk program tahun ini, syarikat memperuntu­kkan hampir RM40,000 bagi menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an itu.

Majlis penyerahan bantuan kelengkapa­n persekolah­an kepada 1,100 pelajar dari empat sekolah berkenaan dilaksanak­an secara berperingk­at pada Hari Kecemerlan­gan sekolah masing-masing mulai 16 hingga 22 November lalu.

Bertemakan ‘#LPTdihati: Bertimbang Rasa & Sabar’, doodle ini menyuntik elemen keselamata­n di lebuh raya seperti saranan kepada golongan muda dan pengguna LPT supaya sentiasa berhemah dan mematuhi peraturan ketika menggunaka­n LPT.

Penggunaan teknik ini bertujuan menarik perhatian pengguna LPT, khususnya mereka yang masuk ke R&R ini untuk menghayati coretan mesej keselamata­n yang dilakarkan di dinding tembok.

Secara tidak langsung, pengguna LPT bukan sahaja dapat menghayati mesej daripada karya yang dipaparkan, malah turut boleh bergambar secara spontan dengan swafoto berlatar belakangka­n doodle berkenaan dan berkongsi di laman media sosial.

 ??  ?? NIK Fauzi (tiga dari kiri) menyampaik­an sumbangan beg sekolah kepada penerima.
NIK Fauzi (tiga dari kiri) menyampaik­an sumbangan beg sekolah kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia