Harian Metro

‘TAPAU’ 3 GUNUNG DALAM 52 JAM

-

negara berkata, ekspedisi menawan Trans Titiwangsa (V1) membabitka­n tiga gunung antara paling mencabar.

SESAT KE LALUAN

LEBIH JAUH

“Misi saya dan 17 lagi rakan menawan Trans Titiwangsa penuh jalan cerita menarik. Awalnya kami ingin menakluk tiga gunung tertinggi di Semenanjun­g iaitu Gunung Korbu, Gayong dan

Yong Belar tapi berubah destinasi pada saat akhir.

“Nak dijadikan cerita, lepas tamat Korbu dan Gayong, kami teruskan pendakian ke Puncak Yong Belar. Sampai di Gunung Junction, kami terpaksa rehat dan tidur seketika sebab semua sudah penat. Tapi laluan berubah selepas itu,” katanya.

Katanya, beberapa jam selepas menyambung pendakian, mereka tersalah laluan hingga akhirnya menyedari menuju ke Gunung Tok Nenek.

“Nak berpatah balik memang sudah jauh dan pasti akan ambil masa yanglama.Nakkatakan ada unsur misteri sebab sesat walaupun sudah ada pemandu arah berpengala­man, boleh jadi juga. Dari situ, kami teruskan hingga keluar.

“Jadi, misi yang sepatutnya berakhir di Puncak Yong Belar diubah dan berakhir di Tok Nenek,” katanya.

SATU PEK SUP CENDAWAN KONGSI 3

Menurut Khairul, walaupun misi pertama berubah, dia tetap berpuas hati kerana mereka berjaya melengkapk­an pendakian dan pulang dengan selamat.

“Awalnya kami rancang lakukan dalam tempoh kurang 24 jam, tapi disebabkan salah jalan, kami ambil masa selama 52 jam dengan jumlah perjalanan kira-kira 70 kilometer.

“Apa yang tidak boleh saya lupa apabila kami kekurangan makanan sebab perkiraan hari dah ‘lari’, jadi stok tidak cukup. Semua orang terpaksa ikat perut dan lapar. Waktu itu baru dapat rasa semangat setia kawan. Kami jadi lebih erat sebab faham ‘kesengsara­an’ masingmasi­ng. Hinggakan satu pek sup cendawan dikongsi tiga orang,” katanya.

Ditanya pandangann­ya mengenai aktiviti mendaki gunung semakin menjadi trend dalam kalangan anak muda, Khairul berkata, tidak salah untuk mendaki kerana bergantung kepada matlamat setiap orang. Apa yang penting, cuba turut serta dengan kumpulan lain kalau masih baru atau ikut orang berpengala­man. Paling penting, elakkan mendaki sendirian walaupun bukit yang rendah.

 ??  ?? KHAIRUL (kiri) bersama rakan pendaki.
KHAIRUL (kiri) bersama rakan pendaki.
 ??  ?? ANTARA laluan sukar yang harus ditempuhi.
ANTARA laluan sukar yang harus ditempuhi.
 ??  ?? BERHENTI rehat sebentar di ‘checkpoint’ sebelum meneruskan perjalanan
BERHENTI rehat sebentar di ‘checkpoint’ sebelum meneruskan perjalanan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia