Harian Metro

Impian besar ezzatie

-

Berusaha capai misi ke SUKMA 2018 dan Sukan Olimpik 2020

siapa sangka kini dia mewakili negara dalam acara berbasikal lebuh raya wanita serta trek.

“Saya masih ingat lagi sampai sekarang, kali pertama menyertai lumba trek di Cheras dan meraih tempat ketiga.

“Masa itu memang tidak sangka dapat meraih tempat kerana itulah pengalaman pertama beraksi di gelanggang sebenar.

“Kemudian, saya ditawarkan bernaung sebagai pelapis Serantau Penang dan dilatih oleh jurulatih Jamani selama setahun setengah.

“Di sinilah saya betulbetul diajar cara menghadapi perlumbaan sebenar. Jurulatih Jamani sangat sabar mengajar saya teknik kayuhan dan cara untuk memenangi pertanding­an.

“Selepas itu, saya menyertai pertanding­an Kuala Terengganu RC dan dinobatkan sebagai juara keseluruha­n,” katanya.

Kata anak kedua daripada lima beradik ini, selepas menjuarai pertanding­an itu dia menerima panggilan daripada jurulatih Husain dan ditawarkan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) 2014 di Thailand.

“Saya menerima tawaran itu dan mewakili Terengganu ke SUKMA Thailand. Walaupun tidak meraih tempat pertama, saya berjaya merangkul tempat kedua dalam acara ujian masa berpasukan.

“Pada 2015, saya meraih empat emas dan satu gangsa dalam acara trek di Velodrome Cheras. Waktu ini, nama saya mula menyerlah dan mula bermain untuk pasukan Terengganu.

“Tahun lalu pula ditawarkan bernaung di bawah pelapis kebangsaan.

“Usaha tidak berhenti di situ, saya sasarkan untuk melayakkan diri beraksi di SUKMA 2016 dan meraih dua emas bagi acara berpasukan serta ‘road bike’.

“Akhirnya impian saya menjadi kenyataan untuk menjadi antara atlet yang mengharumk­an nama negara di peringkat dunia,” katanya.

Ezzatie berkata, sukan berbasikal ini banyak cabarannya tetapi lama-kelamaan dia sudah lali dengan risiko yang akan berlaku.

“Sukan berbasikal ini agak berbahaya sebab setiap kali latihan saya akan berbasikal di jalan raya dan kenderaan banyak lalu-lalang.

“Jadi risiko kemalangan amat tinggi dan saya perlu sentiasa peka. Selain itu, saya banyak kali mengalami kecederaan tetapi hanya luka biasa dan tidak serius.

“Cabaran lain pula, kita perlu berhati-hati dengan persekitar­an kerana dalam diam ramai yang mahu menjatuhka­n kita. Jangan mudah putus asa jika pernah jatuh dan mesti berusaha untuk bangkit kembali,” katanya.

Berkongsi rutin hariannya, setiap hari Ezzatie menjalani latihan selama lapan jam dan terpaksa mengorbank­an waktu bersosial bersama rakan sebayanya yang lain.

“Kulit berubah menjadi gelap, kaki melecet dan lenguh adalah perkara biasa bagi saya. Rutin yang sama setiap hari menjadikan saya lali.

“Namun ini bukan alasan yang menghalang saya untuk fokus dalam sukan ini dan akan terus berusaha buat yang terbaik buat diri dan negara.

“Malah adik perempuan mengikuti langkah saya dan kini dia juga bernaung di bawah pelapis kebangsaan,” katanya.

Katanya gadis manis ini lagi, dia berharap dapat melayakkan diri ke SUKMA 2018 dan Sukan Olimpik 2020.

“Saya akan berlatih lebih gigih bagi memastikan impian itu menjadi kenyataan. Diharap anda sentiasa menyokong saya dari belakang tidak kira di mana jua anda berada,” katanya.

Pada awal bulan ini Ezzatie berada di Kuningan, Indonesia untuk beraksi dalam pertanding­an Tour Delinggarj­ati.

 ??  ?? JURULATIH Suryani Mohamad (kiri) melihat Ezzatie berlatih.
JURULATIH Suryani Mohamad (kiri) melihat Ezzatie berlatih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia