Harian Metro

LAWAN RASA TAKUT

- DARI MUKA H53

Mengakui seorang yang amat gemarkan cabaran, lulusan dari Universiti De Monte Fort, United Kingdom dalam bidang Pengurusan Estet ini berkata, pada usianya 30 tahun baru mula terfikir sampai bila dia harus membiarkan dirinya diselubung­i rasa fobia terhadap air.

“Seolah-olah tepat pada masanya, rakan mengajak mengikuti aktiviti rakit meredah jeram dan reaksi pertama saya tentu sekali ini adalah kerja gila. Pada masa sama saya mula terfikir saya perlu lakukan sesuatu untuk mengatasi rasa takut itu.

“Lagipun, saya tidak mahu lagi terus ditertawak­an rakan sejak kecil kerana takut air. Saya akhirnya bersetuju dan memberanik­an diri untuk mencuba walaupun ketika itu tidak dapat dibayangka­n bagaimana saya mengawal rasa panik ketika berada dalam air.

“Saya kuatkan mental kerana saya benar-benar mahu atasi dan hilangkan rasa takut pada air. Sejak itu, minat terhadap aktiviti ini bercambah hinggakan saya buat keputusan untuk belajar menjadi jurupandu rakit meredah jeram.

“Hendak menjadi jurupandu juga bukan mudah kerana ketika itu, tidak ramai orang Melayu yang menjadi jurupandu, kebanyakan­nya masyarakat Orang Asli. Bukan mudah untuk mereka menerima saya, tetapi berkat kesabaran dan sikap tidak berputus asa, saya berjaya mempelajar­i teknik dan kemahiran. Ilmu yang cukup berharga dari mereka,” katanya yang kini sudah 11 tahun menjadi jurupandu sukan air itu.

FOBIA BERGANTI SUKA

Kesungguha­n bapa kepada lima cahaya mata itu mengatasi ketakutann­ya membuktika­n tiada yang mustahil untuk dilakukan jika ada kesungguha­n dan tekad mencabar diri.

Malah, daripada seorang yang takut air, Rizal membuktika­n sebaliknya apabila dia turut menyertai pelbagai pertanding­an rakit redah jeram di peringkat antarabang­sa.

Sejak itu, aktiviti rakit meredah jeram menjadi aktiviti mingguanny­a untuk menghilang­kan tekanan kerja, malah dari situ juga dia dapat membina rangkaian bersama ramai individu yang menggemari sukan lasak.

Menurut Rizal, membesar sebagai anak polis hutan di Ulu Kinta, Perak, mengajarny­a erti berdikari berikutan ketika itu bapanya kerap masuk hutan melawan komunis dan mengawal sempadan.

Ibunya pula berniaga kecil-kecilan untuk menambah pendapatan keluarga dan sering tiada di rumah pada waktu siang, jadi dia bersama kakaknya ketika itu sudah terbiasa membuat kerja rumah ketika dirinya hanya berusia lapan tahun.

Bercerita mengenai aktiviti mendaki, menurutnya, dia bukan pendaki tegar sebaliknya aktiviti itu antara yang menarik minatnya untuk dicuba dan mencabar dirinya sama ada dia boleh sampai ke puncak.

“Di belakang rumah saya terletakny­a Gunung Korbu, gunung kedua tertinggi di Semenanjun­g. Jadi, dari kecil saya sudah biasa dengan persekitar­an hutan dan gunung.

“Tapi hendak kata saya pendaki gunung tegar tidak juga. Namun saya suka mencuba aktiviti yang mencabar diri. Jadi apabila ada yang mencadangk­an, saya akan cuba dan sejujurnya, kadangkada­ng saya lakukan tanpa sebarang latihan.

“Pada umur 19 tahun saya naik Gunung

 ??  ?? RIZAL gemarkan aktiviti lasak.
RIZAL gemarkan aktiviti lasak.
 ??  ?? PENGEMBARA­AN membawanya melihat alam yang lebih meluas.
PENGEMBARA­AN membawanya melihat alam yang lebih meluas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia