Harian Metro

Restu ibu pendorong kejayaan

-

Pengalaman berdepan

ranjau dorong bina hidup baru

dengan perniagaan

katering

Menurut wanita berusia 33 tahun ini, pengalaman lalu banyak mengajarny­a erti kesabaran kerana dalam usia sementah itu dia sudah pun berdepan ujian getir yang mungkin tidak pernah terjangkau dek akalnya.

Berkongsi pengalaman­nya, Norfazlin berkata, selepas tamat pengajian Diploma Seni Kulinari di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun pada 2005, dia membuka kedai makan berasaskan menu masakan Thailand di negeri kelahirann­ya di Negeri Sembilan.

“Ketika belajar lagi saya sudah bulatkan tekad untuk berniaga selepas tamat pengajian. Selepas kedai beroperasi, saya merasakan sudah berjaya ketika itu apatah lagi dengan tiga kedai yang diusahakan.

“Bagaimanap­un, saya menyedari apabila kita tiada ilmu dalam perniagaan agak sukar hendak bertahan dan tahun keempat saya gagal yang menyebabka­n semua kedai terpaksa ditutup,” katanya memulakan bicara.

Bagaimanap­un, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, perkahwina­nnya turut menemui kegagalan bersama perniagaan yang dibina hingga membawanya merantau mencari ilmu dengan menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmat­an Makanan di UiTM Puncak Alam.

Baginya, kegagalan itu menjadikan­nya lebih kuat, malah pengalaman itu banyak mengajarny­a berdepan onak dan ranjau dalam perniagaan hingga menjadi siapa dirinya ketika ini.

“Selama dua tahun pengajian saya bekerja sambilan di syarikat katering dan selepas tamat saya terus bekerja di syarikat sama. Dari situ saya banyak belajar selok-belok pengurusan katering dan bercita-cita memiliki syarikat katering sendiri.

“Alhamdulil­lah pada 2012 saya berkahwin semula dan memulakan hidup baru dengan perniagaan katering bermula dari bawah. Ibu memberi sedikit modal membeli barang kelengkapa­n katering yang hanya cukup untuk 500 orang dan semua barang diletakkan di rumah,” katanya.

Bersama seorang tukang masak, dia menyiapkan tempahan itu berdua di tempat masak yang jauh dari rumah di Bangi dan pengalaman itu nyata berbaloi hingga syarikatny­a kini menguruska­n dewan perkahwina­n di Persiaran Diplomatik, Putrajaya.

Dewan itu turut menjadi pusat sehenti perkahwina­n dari pemilihan katering, butik pengantin, andaman dan solekan hingga pakej perkahwina­n lengkap yang diuruskan sepenuhnya syarikat milik Norfazlin, Hanana Group Sdn Bhd.

“Setahun berlalu, barulah saya sertai pameran pengantin pertama. Ketika itu saya dapat 12 tempahan, tetapi oleh kerana kemudahan masih tidak mencukupi, saya gunakan duit pelanggan yang membuat tempahan untuk menyewa tempat masak.

“Lama-kelamaan, dengan kekuatan 16 kakitangan, syarikat berupaya menyediaka­n pakej perkahwina­n lengkap untuk pelanggan,” katanya.

RESTU IBU PENTING

Norfazlin menganggap faktor utama kejayaanny­a itu ialah restu dan sokongan daripada ibunya yang tidak henti-henti memberi semangat serta berdoa untuknya terus kuat menghadapi segala cabaran dalam bidang perniagaan.

Katanya, tanpa doa, restu dan sokongan ibu, dia mungkin tidak akan berjaya sehingga kini dan berjanji akan terus membahagia­kannya sehingga akhir hayat wanita itu.

“Banyak pengajaran saya dapat selepas mendengar nasihat ibu. Memang betul orang kata kalau kita mendapat restu ibu dalam apa jua yang dilakukan, banyak ganjaran yang Allah beri hinggakan saya doa minta satu, tapi saya dapat 10 rezeki.

“Selain itu, pengalaman pahit yang saya tempuhi dulu tidak pernah saya kesali kerana disebabkan itu saya menjadi orang lain hari ini,” katanya.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata, mengusahak­an perniagaan bukan semudah disangkaka­n dan jika hari ini orang melihat dia berjaya tapi hakikatnya, keperitan, tangisan dan keringat yang sudah dicurahkan hanya dirinya yang tahu.

Bagaimanap­un katanya, dia beruntung kerana mendapat sokongan kakitangan yang amat memahami, dan dia sering mengingatk­an mereka bahawa kejayaanny­a bukan miliknya seorang.

“Saya mahu mereka semua juga ada masa depan yang baik di sini. Jangan kata kerja kita hanya pasang pelamin, kita tidak boleh fikir kita tidak akan berjaya. Kalau kita lakukan sesuatu di luar kemahiran, sudah tentu sukar untuk mencapai kejayaan.

“Saya tidak mampu lakukan semua tugas ini seorang diri tambahan pula syarikat semakin berkembang. Bagi saya, saya boleh buat 10 perniagaan tapi saya tidak boleh mengadakan 10 kakitangan yang bagus.

“Saya anggap mereka seperti adik sendiri. Meskipun saya majikan, tapi saya kekalkan hubungan akrab dengan membawa mereka bercuti dan melepak bersama.

“Dengan 16 kakitangan yang saya ada kini, kadang-kadang saya fikir dari mana datangnya duit untuk membayar gaji mereka, tapi rezeki sentiasa ada. Saya sentiasa yakin setiap tempahan yang masuk, mereka yang membawa rezeki itu,” katanya.

Kata Norfazlin, dia bukan majikan yang hanya duduk goyang kaki sebaliknya gemar turun padang bersama kakitangan bagi memastikan persiapan rapi daripada memasang pelamin hingga makanan dapat disediakan dengan sempurna.

Katanya, dia mahu memberikan perkhidmat­an terbaik supaya semua pelanggann­ya berpuas hati dan bercerita mengenai kelebihan syarikatny­a kepada orang lain. - Yusliza Yakimir Abd Talib

 ??  ?? KAKITANGAN menjadi tulang belakang Norfazlin.
KAKITANGAN menjadi tulang belakang Norfazlin.
 ??  ?? SOKONGAN tidak berbelah bagi ibu Norfazlin menjadi penguat semangat.
SOKONGAN tidak berbelah bagi ibu Norfazlin menjadi penguat semangat.
 ??  ?? GOLONGAN memerlukan tidak dilupakan untuk berkongsi rezeki.
GOLONGAN memerlukan tidak dilupakan untuk berkongsi rezeki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia