Harian Metro

Warisi PERENCAH MASAKAN AYAH

- Rashidah Ibrahim wanitametr­o@hmetro.com.my

Berlatarka­n pendidikan di bidang kejurutera­an, namun Ungku Mohd Zubir Mohd Ariff, 43, kekal dalam perniagaan pengeluara­n bahan perencah masakan sejak mengambil alih perniagaan rempah masakan bapanya, Ungku Mohd Ariff Ungku Mohd Tahir.

Arwah bapanya mengeluark­an produk perencah itu pada 1980-an kerana minat yang dalam bidang masakan dan mahir meneka ramuan masakan.

“Arwah tanpa jemu cuba mengadun dan memasak ramuan ciptaannya puluhan kali sehingga berpuas hati, baru dihasilkan dalam bentuk formula melalui sukatan dan timbangan yang tepat sebelum dijual,” kata Ungku Mohd Zubir.

Bahan perasa yang dihasilkan­nya sentiasa mendapat sambutan dan sukar bagi Ungku Mohd Zubir untuk mengabaika­n usaha arwah bapanya, oleh itu mengambil tanggungja­wab menyambung kegiatan itu hingga hari ini.

Namun kegigihan Ungku Mohd Zubir tidak tentu membuahkan hasil tanpa sokongan isterinya, Tijah Muhamad Nor, 40. Kerjasama itu membuat beliau kekal dalam pengeluara­n bahan makanan berkenaan.

Tidak pernah mengambil sebarang pinjaman bank bagi pembiayaan perniagaan, membuat mereka sentiasa bekerja keras dan berhatihat­i dalam sebarang keputusan pelaburan.

“Saya berusaha keras untuk berada di tahap sama dengan bapa. Arwah banyak menurunkan ilmu perniagaan kepada saya, apabila beliau tiada, memang rasa terkesan, lebih-lebih lagi saya terikut prinsipnya, berniaga tanpa pinjaman bank bagi mengelak terkait dengan bayaran faedah.

“Dengan perencah masakan serba guna ini, boleh masak apa sahaja hidangan jenis berkuah, sama ada tumis atau pun rebus. Penggunaan­nya menyingkat­kan masa memasak kerana semua bahan diperlukan untuk menaikkan rasa, sudah ada dalam ramuan perencah ini,” katanya sambil menunjukka­n cara memasak mi kuning hailam.

Bahan yang diguna untuk memasak mi hailam, hanya bawang putih, hirisan ayam dan sotong segar, sayuran dan perencah masakan serba guna yang dikeluarka­nnya serta sedikit minyak menggoreng.

“Dalam tiga minit, sudah siap dimasak dan sedia untuk dimakan. Kuahnya tidak perlu dimasukkan tepung kerana perencah ini sudah ada bahan pemekat,” kata Ungku Mohd Zubir.

Kini sudah 31 tahun produk Innni yang diasaskan Ungku Mohd Ariff berada di pasaran. Selama enam tahun arwah memasarkan produk itu mengikut kemampuan sendiri, kemudian Ungku Mohd Zubir meneruskan usaha itu. Kira-kira 12 tahun selepas pengeluara­n produk pertama, baru ditambah produk kedua, perencah goreng dan panggang.

“Perencah goreng dan panggang hanya perlu digaul pada bahan masakan yang hendak diperap seperti ikan dan ayam tanpa perlu ditambahka­n garam dan kunyit lagi dan ia sesuai untuk masakan tradisiona­l, moden mahupun asing,” katanya.

Menurutnya, bapa beliau membuat percubaan demi percubaan untuk menghasilk­an formula perencah serba guna ketika berumur 40-an. Berlatarka­n bidang perbankan, namun arwah sentiasa mengelak daripada meminjam.

“Produk kami boleh dibeli di pasar raya kecil dan kedai persendiri­an. Kini diedarkan 20 ejen. Boleh juga membuat pesanan menerusi dalam talian di laman web Agro Bazar Online, laman sosial Facebook serta Instagram,” katanya.

Kini kilang mampu mengeluar 600 bungkus sehari. Kelebihan perencah, ia menggunaka­n bahan asli dan semula jadi tanpa bahan pengawet sintetik atau tiruan,” katanya sambil menambah ia sesuai diguna di restoran.

Dibuat dalam bentuk serbuk dan mudah diguna, misalnya boleh dibawa melancong keluar negara dan tidak mudah rosak selepas dibuka peketnya kerana boleh ditutup semula.

“Mudah saja diguna, misalnya jika hendak masak ayam goreng, lumur saja perencah goreng atau panggang menggantik­an garam dan kunyit, biarkan seketika sebelum digoreng,” katanya.

Paling penting, beliau sentiasa meyakinkan pelanggan bahawa mutu produk itu sama seperti yang dikeluarka­n zaman bapanya dan mengekalka­n slogan ‘Mudah, cepat, sedap, jimat’ - sesuai dengan keperluan masyarakat zaman sekarang yang kesuntukan masa untuk berada di dapur.

 ??  ?? UNGKU Mohd Zubir dan Tijah memasak mi hailam menggunaka­n perencah yang dihasilkan sendiri.
UNGKU Mohd Zubir dan Tijah memasak mi hailam menggunaka­n perencah yang dihasilkan sendiri.
 ??  ?? PENGUSAHA
perencah segera yang peka keperluan pengguna kini.
PENGUSAHA perencah segera yang peka keperluan pengguna kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia