Harian Metro

STUDIO ‘NASI LEMAK’

- Icka S Hassan wanitametr­o@hmetro.com.my

Daripada peniaga nasi lemak jalanan yang sering dipandang sebelah mata oleh rakan dan keluarga sendiri, wanita ini tekad mengubah nasib diri sehingga dia memiliki studio fotografi sendiri selepas sekian lama terbabit dalam bidang peragaan secara tidak formal.

Perubahan kitaran hidup 180 darjah itu adalah hasil semangat dan sikap kentalnya untuk berubah, sekali gus membolehka­n Sofea Rayyan, 38, kini menjadi buah mulut mereka yang terbabit dalam bidang berkenaan.

Wanita berasal dari Kuantan, Pahang ini kini mengendali model lelaki yang disifatkan­nya mudah dibentuk kerana golongan itu biasanya lebih tahan dengan kerenahnya yang mengutamak­an kualiti dan serius ketika bekerja.

Menceritak­an pengalaman terjun ke bidang peragaan daripada peniaga nasi lemak, dia berniaga pada waktu pagi dan menjelang matahari terbenam Sofea mula bersiap untuk ‘terjun’ ke dunia peragaan.

“Upah diterima ketika itu tidak seberapa sekitar RM150 hingga RM200, tetapi alhamdulil­lah cukup untuk membiayai keperluan diri dan keluarga.

“Apa yang menjadi masalah ialah kurang waktu rehat kerana pada masa sama saya perlu menyediaka­n nasi lemak untuk jualan, tetapi syukur ada rakan yang sudi membantu ketika itu,” katanya.

Menurutnya, hingga hari ini beliau tidak pernah melupakan kehidupan lampaunya berniaga nasi lemak, malah berbangga melakukann­ya hingga mampu bertapak dengan hasil titik peluh sendiri.

“Mana tidaknya saya berniaga secara kecilkecil­an menyara kehidupan dan nekad mengumpul hasil daripada jualan ini untuk dijadikan pusingan modal membuka studio fotografi,” sambungnya.

Sofea mengakui, istilah putus asa dan penat dibuang jauh daripada kamus hidupnya. Baginya, untuk berjaya perlu mengorbank­an banyak kepentinga­n diri kerana dia juga menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an nasi lemak pada waktu petang.

Pendapatan bulanan hasil yang jualan waktu itu ialah sekitar RM800 dan dia jimat berbelanja supaya sebahagian­nya boleh disimpan dan sebahagian lagi dijadikan modal pusing berniaga.

Lebih penting, dia berniat mencari wang sendiri untuk membayar segala keperluan pembelajar­an, buku dan peralatan lain buat anakanakny­a.

Pengorbana­nnya pada usia masih muda berbaloi kerana hasil titik peluhnya membolehka­n dia memiliki studio fotografi sendiri tanpa mengharapk­an bantuan orang lain.

Kini, ibu tunggal yang mempunyai tujuh anak berusia tiga hingga 20 tahun itu sudah mampu menarik nafas lega selepas memiliki studio yang beroperasi lebih setahun lalu di Setia Alam, Shah Alam.

Menurutnya, dia terbabit dalam dunia peragaan selepas berjinak-jinak dalam bidang lakonan dan membintang­i beberapa drama sebagai watak tambahan.

Wanita berniaga di jalanan

jadikan pusingan modal hingga buka studio

fotografi

“Oleh kerana mempunyai latar belakang dalam bidang peragaan, saya mengintai peluang untuk meneruskan karier dalam bidang itu dan syukur nasib menyebelah­i saya hingga mampu memiliki studio dan mengendali­kan bakat baru,” katanya.

Selain menyediaka­n khidmat fotografi kepada orang ramai terutama bakal pengantin atau pengusaha produk, wanita peramah ini berjaya berdiri di atas kakinya sendiri dengan beberapa penganjura­n program peragaan dan kini merancang meluaskan perniagaan­nya ke luar negara.

“Alhamdulil­lah, perkhidmat­an yang disediakan semakin mendapat sambutan dan dikenali ramai bukan sekadar di Malaysia malah di Indonesia, Brunei dan Singapura.

“Bagaimanap­un, bidang perniagaan yang diceburi tidak semudah disangka kerana ia menuntut komitmen dan kecekalan yang tinggi.

“Sebenarnya saya tidak boleh menidakkan sumbangan jurusolek, Pangeran Augusting Buntang dan jurugambar studio saya iaitu Ramizi Adnan dan Calvin Chin yang menjadi antara tulang belakang kepada kejayaan saya hari ini. Mereka banyak memberi tunjuk ajar kepada saya terutama dalam konteks penggambar­an,” katanya.

Bercerita mengenai program yang bakal dianjurkan­nya, Sofea berkata ‘High Fashion Glamorous’ yang diadakan pada 10 Februari tahun depan menyediaka­n platform kepada jurumekap dan pereka fesyen mempamerka­n hasil serta idea kreatif mereka kepada orang ramai. Program kali ketiga anjuran Sofea Studio ini turut dihadiri Anas Abdullah dan Ery Mohamad sebagai juri profesiona­l.

Selain menganjurk­an program, wanita berkacukan Siam dan Melayu ini juga pernah terbabit dalam majlis peragaan yang dianjurkan di seluruh negara seperti Moh Glam, Bollywood dan beberapa acara di ibu negara.

Berpegang teguh kepada prinsip jangan membiarkan orang lain memperkeci­lkan impian, Sofea percaya keyakinan, usaha dan doa adalah kunci utama kejayaan.

Apa yang penting perlu memiliki rasa syukur dengan setiap pencapaian, tetapi jangan mudah berpuas hati kerana tiada titik noktah untuk kejayaan selagi diri masih bernafas.

Setiap perniagaan pasti ada jatuh bangunnya dan seseorang itu perlu mempunyai tekad yang kuat untuk mengharung­i semua dugaan sebelum bergelar usahawan.

“Jika perasan malu masih menebal, usah menceburi bidang perniagaan terutama membabitka­n perkhidmat­an. Perasaan malu itu tidak akan bawa anda ke mana-mana dan paling mustahak, jangan mudah putus asa.

“Berniaga dengan nawaitu yang baik untuk mencari rezeki halal yang diredai. Saya yakin, jika kita ada usaha dan kemahuan pasti Allah akan permudahka­n jalannya,” katanya mengakhiri perbualan.

 ??  ?? AKSI model yang mengadakan sesi fotografi di studio Sofea.
AKSI model yang mengadakan sesi fotografi di studio Sofea.
 ??  ?? MODEL Sofea bersiap sebelum pertunjuka­n.
MODEL Sofea bersiap sebelum pertunjuka­n.
 ??  ?? MODEL bersama sijil dan hadiah masing-masing sempena program Lady in Red Dress, baru-baru ini.
MODEL bersama sijil dan hadiah masing-masing sempena program Lady in Red Dress, baru-baru ini.
 ??  ?? SOFEA
SOFEA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia