Harian Metro

BAYI YU DOO...DOO...

- Syanty Octavia Amry

Pinkfong dengan kerjasama Astro bawa Baby Shark dalam versi bahasa Melayu

Demam lagu ‘Baby Shark’ terus menular di mana-mana. Tidak hanya kanak-kanak, ibu bapa turut merasainya.

Tidak dinafikan fenomena lagu Baby Shark menguasai minda masyarakat terutama kanak-kanak pada waktu ini.

Malah, ia ditonton lebih

1.5 bilion di laman sosial di seluruh dunia.

Sempena musim cuti sekolah ini, Pinkfong dengan kerjasama Astro membawakan Baby Shark ke dalam versi bahasa Melayu iaitu Bayi Yu.

Menyediaka­n 70 lagu, pelanggan boleh mendapatka­nnya menerusi saluran Astro Best 481 dengan bayaran RM10 untuk tontonan selama lima hari.

Pakej itu sudah mula dijual sejak 1 Disember lalu. Pelanggan juga boleh mendapatka­n pelbagai barangan ekslusif Pinkfong di Go Shop.

Naib Presiden Pengurusan Bahagian Kandungan

Astro Agnes Rozario berkata, pihaknya sentiasa memberikan yang terbaik buat semua pelanggan Astro.

“Kami harap kerjasama ini dapat memberi lebih banyak manfaat buat pelanggan

Astro dengan pengisian kandungan edutainmen­t yang disediakan.

“Dengan adanya kerjasama ini kami sangat teruja untuk berkongsi keseronoka­n dengan pelanggan terutama kanakkanak,” katanya.

Sementara itu, pengasas bersama dan Naib Presiden Kanan SmartStudy, Ryan Seungkyu Lee berkata, satu perkara yang sangat menyeronok­kan apabila lagu dan video muzik Pinkfong mendapat sambutan menggalakk­an.

“Kami yakin dengan suasana yang menyeronok­kan mampu mendorong kanak-kanak untuk lebih fokus pada apa yang mereka lakukan.

“Dengan versi Bayi Yu, kami berharap ia dapat menarik perhatian rakyat Malaysia. Kami juga sangat teruja untuk berkongsi pelbagai barangan keluaran Pinkfong yang sesuai digunakan untuk seisi keluarga,” katanya.

 ??  ?? PELANCARAN kerjasama (dari kiri) Ryan, Agnes Rozario dan Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Go Shop Grace Lee.
PELANCARAN kerjasama (dari kiri) Ryan, Agnes Rozario dan Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Go Shop Grace Lee.
 ??  ?? SEKITAR karnival Astro yang berlangsun­g di One Utama, Bandar Utama.
SEKITAR karnival Astro yang berlangsun­g di One Utama, Bandar Utama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia