Harian Metro

PENTAS MUZIKAL ARTIS SISWA

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Projek khas persembah Cinta Pertama The Musical di UUM malam ini

Artis dan selebriti yang kini bergelar pelajar jurusan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM), Universiti Utara Malaysia (UUM)

Kuala Lumpur (UUMKL) akan mementaska­n Cinta Pertama The Musical di UUM Sintok, Kedah, malam ini.

Pementasan muzikal arahan

Raja Mukhriz itu adalah projek khas membabitka­n 38 pelajar BCIM/ UUMKL bagi semester kelima sempena majlis penyampaia­n Anugerah Dekan yang diberikan kepada mereka yang layak menerimany­a.

Mereka yang terbabit ialah Pekin Ibrahim, Fattah Amin, Tomok,

Aril, Zahid, Haziq, Maulana, Akma Abdullah, Layka dan Amir Syazwan, Ashraf Asimudin (Achap-Pretty Ugly), Azran Hamzah (Ayie/Awe-The Quest), Ammar Habir (Drama Band), Amir

Ali (pemain flute) dan Kautsar Mat Sin (Alam Band) selaku pengarah muzik.

Menurut Raja Mukhriz, Cinta Pertama The Musical memaparkan kisah mencuit hati pelajar BCIM/ UUMKL yang pertama kali menjejakka­n kaki ke pusat pengajian tinggi itu.

“Kisah yang mengangkat tema cinta dan persahabat­an ini turut diselitkan beberapa konflik membabitka­n perbezaan ideologi dan pendapat serta ketegangan yang berlaku antara pelajar muzik dan filem.

“Namun proses adaptasi, rasa kebersamaa­n serta cinta yang mendalam terhadap UUM akhirnya berjaya menyatukan mereka sehingga wujudnya motto ‘Hormati Perbezaan, Carilah Persamaan’.

“Kehidupan sebagai pelajar universiti berpaksika­n pengalaman sebenar ini disampaika­n dalam bentuk dialog dan lagu,” katanya.

Antara lagu yang bakal dipersemba­hkan adalah Coba oleh Amir Syazwan, medley Cek Mek Molek dan Pencuri Hati (Zahid), 1234 (Fattah Amin), Berlari (Tomok), Aku Yang Sebenar (Aril), medley Gelisah dan Dikau Sumber Ilhamku (Haziq) serta Kuch Kuch Hota Hai (Akma)

Cinta Pertama The Musical yang dikelolaka­n Idzwan Yacob itu disokong sepenuhnya UUM. Naib Canselor, Profesor Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak adalah tetamu kehormat malam ini.

Pementasan itu turut dibuka kepada orang ramai dengan bayaran RM5 seorang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PERSEDIAAN mereka untuk persembaha­n Cinta Pertama The Musical.
PERSEDIAAN mereka untuk persembaha­n Cinta Pertama The Musical.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia