Harian Metro

Malang buat R Kelly

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Penyanyi R Kelly kini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah agamnya dirompak pada 26 November lalu.

Penyanyi berusia 50 tahun itu mendedahka­n keadaan rumahnya di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat (AS) menerusi video di media sosial.

Kediaman penyanyi I Believe I Can Fly itu dirompak ketika menjayakan siri jelajah. Perkara itu dimaklumka­n pada sekitar 26 November sewaktu dia menjalanka­n siri jelajah.

Insiden berkenaan dimaklumka­n pekerja wanita yang menguruska­n kediamanny­a.

“Semua barang sudah dikebas perompak,” kata wanita itu kepada polis sewaktu dia tiba di rumah agam terbabit.

R Kelly memutuskan untuk mendedahka­n kejadian itu di Instagram sebaik melihat keadaan rumahnya.

“Mereka betul-betul ‘bersihkan’ rumah saya,” katanya sambil menunjukka­n ruang tamu yang kosong.

Meskipun kes itu masih dalam siasatan, ramai mengesyaki ia dilakukan orang dalam.

“Inilah bahananya apabila terlalu mempercaya­i orang lain dan membiarkan mereka mendekati kita,” kata R Kelly.

Kenyataan yang diberikan R Kelly seakan-akan mengiakan teori pihak berkuasa dalang rompakan itu ialah orang terdekat dengan penyanyi itu.

Meskipun sedih dengan kejadian itu, penyanyi terbabit bersyukur mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada peminatnya.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua peminat yang memberikan sokongan moral,” katanya.

Maklumat yang diberikan beberapa individu memudahkan siasatan pihak berkuasa.

Keadaan semakin kecoh apabila rumah sewa R Kelly di Johns Greek dikatakan turut dirompak, barubaru ini. Perkara itu didedahkan jiran penyanyi itu yang mendakwa melihat ada keluar daripada kediaman itu.

Bagaimanap­un, rakan R Kelly, Alfonso Walker menafikan perkara itu dengan menjelaska­n penyanyi berkenaan Mahu berpindah ke Chicago.

Rumah di Atlanta dipecah masuk, ‘dibersihka­n’ penceroboh sehingga ruang tamu kosong

 ??  ?? Inilah bahananya apabila terlalu mempercaya­i orang lain dan membiarkan
mereka mendekati kita
Inilah bahananya apabila terlalu mempercaya­i orang lain dan membiarkan mereka mendekati kita

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia