Harian Metro

Sultan Kedah dahului senarai

- Ruwaida Md Zain hmetroshah­alam @hmetro.com.my

 103 terima darjah dan bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-72 Sultan Selangor

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah mendahului senarai 103 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-72 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, hari ini.

Sultan Sallehuddi­n yang dimasyhurk­an sebagai Sultan Kedah yang baru September lalu dikurniaka­n Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.).

Sultan Sharafuddi­n turut berkenan menganuger­ahkan Darjah Kelas Pertama - Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiplie Kassim dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Seri Mustafar Ali pula penerima tunggal Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (S.S.I.S.)(Kelas Pertama) yang membawa gelaran Datuk Setia.

Timbalan Mufti Negeri Selangor Anhar Opir, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Noraida Mohd Yusof antara sembilan penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS Datuk Mohammad Azlan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Time Press (M) Berhad (NSTP) Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid dan Inspektor Jeneral Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda N Ganesh antara sembilan penerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Dua penerima darjah kebesaran Ahli Kegemilang­an Sukan Selangor (A.K.S.) iaitu darjah dan bintang Kebesaran Sukan Sultan Sharafuddi­n Idris Shah adalah Ketua Jurulatih Boling, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) Kenny Ang Ah Tee dan Atlet Karate MSNS Syakilla Salni Jefri Krisnan @Krisnanmur­thy.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat dan bekas Ketua Polis Daerah Klang Selatan (kini Timbalan Ketua Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur) Asisten Komisioner Alzafny Ahmad antara 13 penerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.).

Seramai 15 penerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (S.I.S) termasuk Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) Mohamad Zain A Hamid.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor Mohd Sani Harul antara 20 penerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.).

Seramai 20 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (A.I.S) termasuk Ketua Polis Balai, Balai Polis Klang, Asisten Superinten­dan Mohammad Fadil Minhat.

Baginda berkenan menganuger­ahkan Bintang Kegemilang­an Sukan Selangor (B.K.S.) kepada empat atlet MSNS dan tujuh Bintang Perkhidmat­an Cemerlang (B.P.C) kepada penjawat awam di negeri ini.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya, sebanyak 1,939 permohonan diterima dan daripada jumlah itu, sejumlah 1,211 permohonan untuk pencalonan bagi Darjah dan Bintang Kebesaran manakala 728 borang permohonan lagi bagi pencalonan pingat Selangor.

“Daripada 1,211 pencalonan, hanya 21 penerima saja terpilih menerima Darjah dan Bintang Kebesaran iaitu dua penerima S.P.M.S. dan seorang S.S.I.S manakala 18 pula bagi Darjah Kebesaran D.P.M.S. dan D.S.I.S,” katanya.

 ??  ?? SULTAN Sallehuddi­n
SULTAN Sallehuddi­n
 ??  ?? MOHAMMAD Azlan
MOHAMMAD Azlan
 ??  ?? ABDUL Jalil
ABDUL Jalil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia