Harian Metro

Tarik isteri atas upih

- Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my

Kebiasaann­ya upih pinang digunakan dalam pertanding­an sukan tradisiona­l iaitu tarik upih, namun lelaki dari Taman Pandan ini menjadikan upih pinang sebagai ‘kereta’ membawa isterinya ke mana saja kerana tidak mampu membeli kerusi roda.

Muhammad Nawi Hassan, 47, berkata, isterinya Mek Som Yusof, 57, tidak mampu untuk berjalan seperti biasa kerana menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang sejak dua tahun lalu, selain kedua-dua matanya kabur.

Sejak isterinya menghidap penyakit itu, dia dibantu dua anak lelaki untuk melakukan kerja rumah seperti memasak dan membasuh.

Menurutnya, dia tidak mampu membeli kerusi roda kerana pendapatan menjual air balang hanya sekitar RM30 hingga RM50 sehari, selain terpaksa membayar sewa rumah RM230 sebulan.

“Dulu saya pemandu lori dengan pendapatan tetap namun berhenti kerana hendak menjaga isteri sebelum berniaga menjual air balang secara kecil-kecilan.

“Disebabkan pendapatan tidak menentu serta tidak mampu membeli kerusi roda, saya guna upih pinang untuk menarik isteri setiap kali dia mahu bergerak termasuk ke tandas,” katanya.

Muhammad Nawi berkata, dia menggunaka­n wang simpanan bagi menampung kos rawatan dialisis tiga kali seminggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

“Isteri pernah memberitah­u dia reda dengan ujian menimpa dirinya dan saya perlu kuat untuk menjaganya,” katanya.

 Lelaki tidak mampu beli kerusi roda

Dungun: “Dah puas saya turun naik pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk buat tuntutan insurans tapi sampai sekarang hampa,” kata Mastura Mohamad Dom, 34, yang hampir tiga tahun menunggu pampasan kematian suaminya.

Mastura berkata, arwah suaminya, Azlisham Aladin, nelayan, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 14 April 2015 ketika berusia 37 tahun.

“Arwah suami mencarum melalui insurans nelayan sejak 2008 dan tidak tidak pernah lewat membuat pembayaran.

“Hari ini saya sangat sedih kerana hampir tiga tahun membuat tuntutan insurans berkenaan, tetapi sehingga kini masih tiada jawapan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rhu Batil.

Selepas kematian suami, dia terpaksa mencari kerja sebagai pembantu kedai untuk membiayai makan minum serta perbelanja­an persekolah­an anak.

“Setiap hari saya tinggalkan tiga anak (Nor Adila Aliana, 13, Nor Adriana Alifah, 11, dan Nor Afikah Maisarah, 8) di rumah demi mencari rezeki.

“Saya amat memerlukan duit pampasan RM50,000 itu yang boleh mengubah kehidupan saya sekeluarga,” katanya yang tinggal bersama ibu mentuanya, Fatimah Abdul Ghani.

Mastura berkata, dia sudah kerap turun naik pejabat LKIM Dungun untuk bertanyaka­n perihal pampasan itu namun sehingga kini amat mengecewak­an.

 ??  ?? MUHAMMAD Nawi menarik Mek Som menggunaka­n upih pinang.
MUHAMMAD Nawi menarik Mek Som menggunaka­n upih pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia