Harian Metro

Siakap mati limpahan air bah

-

Tumpat: “Setiap tahun kami terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit selepas ikan siakap mati akibat limpahan air banjir,” kata penternak ikan sangkar Razali Seman, 50, ketika ditemui di Laguna Sri Tujoh, di sini.

Dia antara tiga penternak ikan sangkar yang mengalami kerugian kira-kira RM10,000 akibat air tercemar selepas limpahan banjir masuk ke dalam sangkar mereka sejak Jumaat lalu.

Razali berkata, fenomena air pasang besar dan limpahan air banjir yang berlaku serentak menyebabka­n air di situ tercemar dan ikan kekurangan oksigen.

“Setiap tahun memang hal ini berlaku dan saya terpaksa menanggung kerugian yang besar.

“Bagi mengurangk­an kerugian, saya bersama beberapa penternak lain melelong ikan terbabit kepada penduduk setempat.

“Daripada saya lupuskan ikan itu, lebih baik lelong ketika ikan tengah ‘pening’ sekurang-kurangnya dapat sedikit hasil,” katanya.

Seorang lagi penternak, Hasnan Salleh, 29, berkata, 1,000 ikan siakap di dalam lima sangkarnya dijual dengan harga murah akibat pencemaran air.

“Tahun ini sudah dua kali kejadian ini berlaku termasuk Januari lalu. Namun, saya tetap bersyukur kerana sempat menjual ikan terbabit.

“Jika kami tidak cepat menjual ikan, sudah tentu lebih banyak kerugian yang ditanggung,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Sri Tujoh Mohd Saifullah Che Mat berkata, kejadian itu berlaku setiap tahun sehingga menyebabka­n penternak mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

“Kali ini hanya tiga yang terjejas membabitka­n tiga tan ikan dilelong dengan harga murah untuk mengurangk­an kerugian,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Kelantan Anuar Salam Sulaiman berkata, beliau akan mengadakan perbincang­an dengan penternak ikan sangkar itu untuk mencari jalan terbaik menyelesai­kan masalah berkenaan.

 ??  ?? RAZALI (kiri) mengagihka­n ikan siakap peliharaan­nya yang mati akibat air tercemar ketika ditemui di Laguna Sri Tujoh, Tumpat.
RAZALI (kiri) mengagihka­n ikan siakap peliharaan­nya yang mati akibat air tercemar ketika ditemui di Laguna Sri Tujoh, Tumpat.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia