Harian Metro

Agih RM100j dividen

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

 70,856 peserta FELCRA terima RM3,000 setiap seorang

Dividen Interim 2/2017 berjumlah RM101.48 juta diagihkan kepada 70,856 peserta FELCRA Berhad menerusi 781 Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) di seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, agihan dividen itu hasil daripada projek tanaman sawit dan getah terdiri daripada tanah kerajaan dan milik peserta dengan keluasan 97,280 hektar serta dibayar mulai hari ini.

Katanya, secara purata setiap peserta menerima bayaran RM3,000 dan ia bergantung kepada beberapa keadaan iaitu usia pokok, kesuburan tanah selain keluasan tanaman.

“Keuntungan bersih daripada penyata untung rugi bagi bulan berakhir sehingga September lalu berjumlah RM171.22 juta dan agihan dibuat dua kali dengan Interim 1/2017 diagihkan pada Jun lalu membabitka­n RM69.74 juta.

“Lazimnya, tempoh bayaran dibuat berdasarka­n kesesuaian musim seperti Interim 1 (Aidilfitri) manakala Interim 2 (persekolah­an) bagi memberi kegembiraa­n kepada peserta di samping membantu mereka,” katanya pada Majlis Pengisytih­aran Agihan Dividen Interim 2/2017 Peserta FELCRA Berhad di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi FELCRA Berhad Datuk Bung Mokhtar Radin.

Ismail Sabri berkata, jumlah pendapatan diperoleh daripada sawit dan getah sehingga September lalu adalah RM819.93 juta manakala perbelanja­an dalam bentuk kos operasi, khidmat pemasaran dan caj pengurusan adalah sebanyak RM413.85 juta.

“Keuntungan kasar ladang diperoleh sehingga September lalu sebanyak RM406.07 juta dan selepas ditolak potongan wajib seperti bayaran balik hutang Kerajaan Persekutua­n, hutang kerajaan negeri, tabung tanam semula serta lain-lain potongan, keuntungan bersih boleh diagihkan sebanyak RM101.48 juta,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL bersama penerima dividen interim 2/2017 di Kolej MARA Banting, Kuala Langat.
ISMAIL bersama penerima dividen interim 2/2017 di Kolej MARA Banting, Kuala Langat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia