Harian Metro

601 terima Darjah PGPP

-

Kuala Lumpur: Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff mendahului senarai 601 penerima Darjah Kepahlawan­an Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara, di sini, semalam.

Mohd Mokhtar dianugerah­kan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).

Baginda turut berkenan mengurniak­an PGPP kepada empat penerima dari negara asing – Ketua Polis Indonesia, Jeneral Polis, Prof Muhamad Tito Karnavian, Pesuruhjay­a Polis Singapura, Hoong Wee Teck, Ketua Polis Thailand, Jen Chakthip Chaijinda dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pengangkut­an Singapura, Loh Ngai Seng.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan timbalanny­a, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Turut menerima PGPP ialah Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Bukit Aman, Datuk Tajudin Md Isa dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi.

Selain itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh turut menerima PGPP.

Seramai 98 penerima dianugerah­kan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis, Darjah Pahlawan Pasukan Polis (173), Darjah Kesatria Pasukan Polis (40) dan 280 penerima Darjah Bentara Pasukan Polis. — BERNAMA

 ??  ?? SULTAN Muhammad V (kanan) berkenan mengurniak­an Darjah PGPP kepada Mohd Mokhtar di Istana Negara, semalam.
SULTAN Muhammad V (kanan) berkenan mengurniak­an Darjah PGPP kepada Mohd Mokhtar di Istana Negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia