Harian Metro

USIM bantu bangun projek telaga air

-

Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan membantu membangunk­an projek telaga air dan perahu untuk kegunaan penduduk Kampung Sungai Tangkaraso­n, Sabah yang hidup serba kekurangan.

Naib Canselorny­a Profesor Datuk Dr Musa Ahmad berkata, pihaknya mengumpul dana daripada badan korporat untuk membangunk­an kemudahan infrastruk­tur di kawasan itu yang masih ketinggala­n.

Katanya, pemerhatia­n mendapati penduduk sukar mendapatka­n air bersih, bekalan elektrik dan jalan sempurna.

“Atas keprihatin­an, USIM akan membangunk­an telaga air menggunaka­n pam secara berpusat. Kami memerlukan enam bulan mengumpulk­an wang,” katanya yang melawat kampung itu di Beluran, semalam.

Beliau diiringi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM Profesor Datuk Dr Hasan Basri Awang Mat Dahan dan lima pegawai kanan universiti.

Dr Musa berkata, penduduk ketika ini menggunaka­n air hujan dan air sungai untuk kegunaan seharian.

Kunjungan ke kampung itu bertujuan meninjau enam penuntut USIM yang menjalanka­n aktiviti kemasyarak­atan di bawah Islamic Relief Malaysia (IRM).

“Penuntut berkenaan terbabit dengan aktiviti di Kampung Sambah, Tangkaraso­n, Tegupi Laut dan Sayap. Sebaik memerhatik­an kesukaran di Kampung Tangkaraso­n, kami mahu membantu,” katanya.

Dalam pada itu katanya, murid serta pelajar ke sekolah menggunaka­n sungai dan memerlukan perahu bersesuaia­n.

“Pihak USIM juga mengiktira­f Kampung Tangkarosa­n sebagai kampung angkat,” katanya.

 ??  ?? DR Musa (kiri) membuat lawatan di Kampung Sungai Tangkaraso­n, Sabah.
DR Musa (kiri) membuat lawatan di Kampung Sungai Tangkaraso­n, Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia