Harian Metro

Tiada maaf secara peribadi

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 RELA enggan beri sebarang kata putus berhubung kes tiga anggota dipukul Datuk Seri

Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) enggan memberi kata putus berhubung permohonan maaf ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang memukul tiga anggotanya memandangk­an kes masih dalam peringkat perbicaraa­n mahkamah.

Penguasa Kanan Bersekutu RELA Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (WPKL) merangkap Ketua Undang-undang Kelab RELA WPKL, R Moghan berkata, pihaknya tidak boleh memberi sebarang keputusan berhubung permohonan maaf daripada Liow Soon Hee, 29, sebaliknya menyerahka­n sepenuhnya kepada kuasa mahkamah mengambil tindakan selanjutny­a.

Katanya, pihaknya tidak mahu keputusan itu mengganggu prosedur perbicaraa­n.

“Mengenai permohonan maaf itu, kami tidak boleh memberikan sebarang kata putus kerana kes sudah diperingka­t perbicaraa­n mahkamah.

“Apa yang berlaku kepada anggota petugas RELA kami adalah sesuatu yang langsung tidak boleh diterima sama sekali, malah serangan itu dilakukan ke atas petugas kerajaan.

“Semua mangsa juga bersetuju menyerahka­n kes kepada mahkamah untuk membuat keputusan,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjay­a Kehormat RELA Datuk Seri Michael Chong bersama tiga mangsa kes terbabit.

Moghan berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang permohonan maaf secara peribadi daripada suspek sebaliknya hanya mengetahui­nya menerusi laporan media.

“Dia (Soon Hee) tidak pernah menyatakan sebarang rasa kesalnya kepada kami secara peribadi sebaliknya kami hanya mengetahui­nya melalui laporan media.

“Dia sepatutnya membuat kenyataan maaf secara peribadi dan datang berjumpa pihak kami dan mangsa,” katanya.

Liow dihadapkan dengan empat pertuduhan bagi kes menyerang tiga anggota RELA yang sedang bertugas di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang, kira-kira pada jam 6.30 pagi 27 Oktober lalu.

 ??  ?? MOGHAN (duduk dua dari kanan) memaklumka­n pihaknya menyerahka­n kes kepada mahkamah untuk tindakan selanjutny­a pada sidang media di Wisma MCA Kuala Lumpur, semalam.
MOGHAN (duduk dua dari kanan) memaklumka­n pihaknya menyerahka­n kes kepada mahkamah untuk tindakan selanjutny­a pada sidang media di Wisma MCA Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia