Harian Metro

Seronok buat eksperimen

-

Kuala Lumpur: “Ini peluang kami untuk melihat sendiri praktikal eksperimen dalam sains. Saya serta rakan-rakan yang lain sememangny­a seronok dengan aktiviti yang dilaksanak­an.”

Itu kata-kata Nelly Syafika Jefridin, 11, seorang peserta kanak-kanak Orang Asli ketika program lawatan Pusat Sains Negara (PSN), semalam.

Nelly Syafika berkata, sebelum ini dia hanya membaca teori mengenai beberapa eksperimen dalam subjek Sains dan tidak banyak pembelajar­an praktikal.

“Sebelum ini saya banyak melihat eksperimen sains menerusi pembacaan saja, bukan tidak pernah buat praktikal, namun sangat kurang dan terbatas.

“Hari ini (semalam), saya dapat melakukan eksperimen secara praktikal selain itu, kami juga didedahkan dengan beberapa elemen sains yang lain.

“Saya memang teringin untuk berkunjung ke PSN, namun sukar kerana faktor jarak, tetapi impian saya itu menjadi kenyataan hari ini. Terima kasih kepada PSN,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Pada masa sama, seorang sukarelawa­n dalam Projek Kelas Kasih, Shazana Kamaruzama­n yang juga finalis program Clevergirl berkata, program lawatan itu untuk memberi pendedahan kepada murid serta pelajar daripada keluarga Orang Asli.

“Mereka ini bukannya tidak pandai cuma kurang pendedahan. Mungkin di rumah keluarga kurang memberikan penekanan berhubung kepentinga­n pendidikan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap PSN memaklumka­n bahawa program itu sebahagian daripada inisiatif tanggungja­wab sosial mereka kepada masyarakat.

 ??  ?? NELLY Shafika mencuba eksperimen sains pada lawatan ke Pusat Sains Negara.
NELLY Shafika mencuba eksperimen sains pada lawatan ke Pusat Sains Negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia