Harian Metro

Tumpu segmen perbankan keutamaan

-

Kuala Lumpur: Kumpulan AmBank (AmBank) menyasarka­n segmen perbankan keutamaan akan menyumbang 15 peratus kepada pendapatan­nya menjelang 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sulaiman Mohd Tahir, berkata setakat ini, segmen itu menyumbang antara lima hingga 10 peratus kepada pendapatan dan pihaknya yakin angka itu boleh ditingkatk­an lagi berikutan jumlah penambahan pelanggan dalam perbankan keutamaan sejak Disember tahun lalu.

“Kami sedang berusaha mewujudkan francais yang kukuh dengan memberikan tumpuan kepada segmen perbankan keutamaan dan sudah menyaksika­n pertumbuha­n ketara dalam masa kurang dari setahun.

“Asas pelanggan perbankan mencatat peningkata­n sebanyak 383 peratus daripada 13,301 pelanggan pada Disember 2016, kepada 64,313 pada Oktober lalu,” katanya pada sidang media Majlis Pembukaan Pusat Perbankan Priority Signature, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pembukaan Pusat Perbankan Priority Signature ketujuh itu dirasmikan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim dan turut dihadiri Pengarah Urusan, Perbankan Runcit AmBank, Jade Lee.

Beliau berkata, jumlah pelanggan melebihi 64,000 itu meletakkan AmBank menghampir­i kedudukan antara tiga bank teratas di negara ini dan pihaknya menyasarka­n bank itu menjadi bank terbaik khususnya dalam perbankan keutamaan “Daripada 175 cawangan AmBank di seluruh negara, sekurang-kurangnya 10 cawangan memiliki asas lebih daripada 1,000 pelanggan keutamaan.

“Kami menyedari bahawa pangkalan data pelanggan yang kukuh dalam segmen ini dapat meningkatk­an perniagaan dan hasil pendapatan bank.

“Oleh itu, kami menawarkan rangkaian produk pengurusan kekayaan yang menyeluruh sekali gus menyediaka­n strategi pelaburan berbeza dan juga meningkatk­an aset di bawah pengurusan pelanggan kami,” katanya.

 ?? Sulaiman Mohd Tahir ?? Asas pelanggan perbankan mencatat peningkata­n sebanyak 383 peratus daripada 13,301 pelanggan pada Disember 2016, kepada 64,313 pada Oktober lalu”
Sulaiman Mohd Tahir Asas pelanggan perbankan mencatat peningkata­n sebanyak 383 peratus daripada 13,301 pelanggan pada Disember 2016, kepada 64,313 pada Oktober lalu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia