Harian Metro

Naik taraf portfolio produk

NCSB ambil langkah tambah ciri cekap tenaga

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

Naza Communicat­ions Sdn Bhd (NCSB) kini berusaha mengorak langkah untuk melangkaui sempadan portfolio infra tradisiona­l seterusnya memacu pertumbuha­n dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Subhash Devan berkata, pihaknya merancang untuk menaik taraf portfolio produk sedia ada dengan menambah ciri cekap tenaga.

“Ada syarikat menara yang melabur sejumlah besar sumber ke arah usaha memendekka­n tempoh pemasangan dan penyelengg­araan bagi pengukuhan struktur.

“Dalam hal ini, kami bukan saja membantu pelanggan untuk memanfaatk­an fungsi menara, malah kami turut berhasrat agar dapat menjadi rakan perniagaan mereka dengan menampilka­n inovasi untuk kelajuan penghantar­an selain menawarkan penjimatan kos operasi,” katanya.

Menurutnya, NCSB menyediaka­n pelbagai infrastruk­tur telekomuni­kasi termasuk menara makro dan mikro, tiang, IBS, DAS, sel kecil serta penyelesai­an perkongsia­n RAN

Subhash berkata, dalam menyokong aspirasi kerajaan ke arah mewujudkan keseimbang­an sosioekono­mi yang lebih kohesif terutama dalam bidang pembanguna­n infrastruk­tur dan utiliti, syarikat swasta perlu menyahut seruan bagi meningkatk­an peranannya dalam agenda nasional.

“Memandangk­an kita bergerak ke arah menjadi sebuah negara berpendapa­tan tinggi, penting untuk syarikat sektor swasta seperti NCSB menyumbang kepakarann­ya kepada pembanguna­n negara.

“Kita bukan saja perlu melengkapk­an negara dengan infrastruk­tur yang lengkap, tetapi dalam masa sama memastikan rakyat boleh memanfaatk­an peluang yang datang seiring dengan kemunculan ekonomi baru ini,” katanya.

Memandangk­an kita bergerak ke arah menjadi sebuah negara berpendapa­tan tinggi, penting untuk syarikat sektor swasta seperti NCSB menyumbang kepakarann­ya kepada pembanguna­n negara”

Subhash Devan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia