Harian Metro

Rancang bom polis

- Agensi

 Polis antipengga­nas Indonesia tahan tiga militan di Jawa Timur

Unit antipengga­nas polis Indonesia, Densus 88 menangkap tiga suspek militan kelmarin yang mempunyai kaitan dengan beberapa aktiviti pengganas termasuk merancang serangan bom di Jawa Timur.

Tiga lelaki dikenali sebagai Kiki Rizky, Paripung Dhani dan Muhidin ditahan di tiga lokasi berasingan dalam satu operasi khas diketuai beberapa unit polis Indonesia.

Kiki ditangkap dalam serbuan di rumahnya di Malang, manakala Paripung ditahan di Sidoarjo dan Muhidin di Surabaya.

Muhidin dan Kiki dipercayai anggota kumpulan Abu Jandal, satu kumpulan pengganas yang mempunyai hubungan dengan militan Daish.

Paripung pula disyaki anggota Jamaah Ansharut Tauhid (JAT), satu organisasi yang diasaskan dan diketuai ulama radikal, Abu Bakar Ba’asyir.

Jurucakap polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera berkata, Paripung dipercayai terbabit dengan rancangan untuk mengebom satu pos kawalan polis di Surabaya pada 2014.

“Dia disyaki membeli beberapa barangan dan bahan untuk membuat bom bagi melancarka­n serangan itu,” katanya yang dipetik Jakarta Post.

Menurutnya, Kiki pula pernah pergi ke Syria bersama beberapa militan Indonesia lain untuk menyertai Daish pada 2013.

” Kiki dan Muhidin dipercayai menyertai latihan ketenteraa­n yang diketuai kumpulan Abu Jandal,” jelasnya. Menurutnya, ketiga-tiga suspek kini ditahan di ibu pejabat polis di Ampeldento, Malang untuk soal siasat. “Anggota Densus 88 menyoal siasat suspek bagi mengetahui peranan dan pembabitan mereka dalam aktiviti pengganas,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengepung sebelum menyerbu sebuah rumah suspek militan di Surabaya, Jawa Timur kelmarin. - Antara
ANGGOTA polis mengepung sebelum menyerbu sebuah rumah suspek militan di Surabaya, Jawa Timur kelmarin. - Antara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia