Harian Metro

TANPA NAKHODA

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

 Chong Wei ke Dubai sendirian selepas Hendrawan masih gagal dapatkan visa

Jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei mungkin memulakan cabaran pada saingan Siri Super Akhir di Dubai,

Emiriah Arab

Bersatu (UAE) yang bermula

Rabu ini tanpa ditemani jurulatih.

Ini kerana jurulatih perseorang­an lelaki, Hendrawan yang

(gambar)

sepatutnya mengiringi Chong Wei ke kejohanan itu sehingga kelmarin masih belum menerima visa.

Chong Wei bagaimanap­un sudah berlepas ke Dubai semalam bersama seorang lagi pemain perseorang­an lelaki, Cheam June Wei sebagai rakan latihannya.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai berkata, ada sedikit masalah yang berlaku membabitka­n visa Hendrawan dan badan induk itu akan menunggu sehingga esok sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Sehingga semalam (kelmarin) Hendrawan belum lagi mendapat visa dan kami sedang menyelesai­kan perkara itu. Perlawanan pertama Chong Wei hanya akan bermula pada Khamis, jadi masih ada masa.

“Sama ada kami akan menghantar jurulatih lain atau sebaliknya, kami belum buat keputusan lagi. Kita tunggu dulu sehari dua ini,” kata Chin Chai ketika dihubungi, semalam.

Ketika menjuarai Terbuka Hong Kong, dua minggu lalu, pemain berusia 35 tahun berkenan ditemani oleh jurulatih kebangsaan, Tey Seu Bock.

Dan kemungkina­n besar Seu Bock akan diberi tanggungja­wab sekali lagi untuk menemani Chong Wei di Dubai selain jurulatih perseorang­an lelaki, Sairul Amar Ayob atau Datuk Misbun Sidek andai masalah visa Hendrawan tidak dapat diselesaik­an.

Chong Wei, pemain nombor dua dunia, antara lapan pemain yang layak beraksi di Dubai.

Pemain-pemain lain ialah perseorang­an Korea Selatan, Son Wan Ho, Viktor Axelsen (Denmark), Shi Yuqi dan Chen Long (China), Chou Tien Chen (Taiwan) serta Ng Ka Long (Hong Kong).

Cabaran Malaysia pada kejohanan berprestij itu turut digalas beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang juga berlepas semalam bersama ketua jurulatih beregu campuran, Chin Eei Hui.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? Ng Chin Chai ?? JUNE Wei Sama ada kami akan menghantar jurulatih lain atau sebaliknya, kami belum buat keputusan lagi”
Ng Chin Chai JUNE Wei Sama ada kami akan menghantar jurulatih lain atau sebaliknya, kami belum buat keputusan lagi”
 ??  ?? HENDRAWAN
HENDRAWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia