Harian Metro

Kejutan Amin

- Jumiati Rosly jumiati@bh.com.my

Tiada siapa menyangka pemain bowling Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Shahrukh Amin Zulkifli

(gambar) berjaya mengetepik­an pemain lebih berpengala­man untuk memenangi kejuaraan Masters pada Kejohanan Bowling All-Stars Remaja Antarabang­sa MILO kali ke-18 di Sunway Megalanes, semalam.

Berumur 17 tahun, pemain yang berasal dari Kuantan Pahang itu berjaya menundukka­n pemain Korea Selatan, Jeong Tae Hwa dengan keputusan 226-210 jatuhan pin dalam pusingan steplad der final.

“Saya pun tak sangka saya boleh menang, saya cuma menikmati permainan tadi. Mungkin tanpa adanya tekanan, saya rasa keyakinan semakin tinggi apabila sedang bermain,” katanya yang akan menyertai skuad pelapis kebangsaan pada Mac depan.

Prestasi mengagumka­n

 Ketepikan pemain lebih berpengala­man untuk memenangi kejuaraan Master Remaja Antarabang­sa MILO

Amin bermula dengan dia mendahului saingan Masters dengan catatan 2,321 jatuhan pin dalam 10 permainan, sekali gus meninggalk­an pemain ternama lain antaranya pemain profesiona­l Amerika Syarikat, Parker Bohn III serta pemain senior negara termasukla­h Rafiq Ismail dan Esther Cheah.

Anak keenam daripada tujuh adik-beradik dalam keluarga yang semuanya aktif dalam sukan bowling itu berkata, dia baru saja menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan lalu dan menjalani latihan keras pada pagi dan malam untuk persediaan ke kejohanan itu.

“Saya harap kejayaan hari ini (semalam) akan menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan buat saya selepas ini. Kemenangan ini juga atas sokongan keluarga saya, jurulatih Lamjah Khalil dan juga kawan-kawan yang turut beri sokongan padu,” katanya.

Kejayaan Amin membolehka­n dia membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 serta trofi.

 ?? Shahrukh Amin Zulkifli ?? Saya harap kejayaan hari ini (semalam) akan menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan buat saya selepas ini.
Kemenangan ini juga atas sokongan keluarga saya, jurulatih - Lamjah Khalil dan juga kawan-kawan yang turut beri sokongan padu”
Shahrukh Amin Zulkifli Saya harap kejayaan hari ini (semalam) akan menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan buat saya selepas ini. Kemenangan ini juga atas sokongan keluarga saya, jurulatih - Lamjah Khalil dan juga kawan-kawan yang turut beri sokongan padu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia