Harian Metro

Real ganyang Sevilla

- Reuters

 CR7 rai anugerah Ballon d’Or dengan meledak dua gol

CRonaldo meraikan kejayaan merangkul anugerah Ballon d’Or buat kali kelima dengan meledak dua gol buat kali pertama dalam saingan La Liga Sepanyol musim ini bagi membantu Real Madrid menewaskan Sevilla 5-0, awal pagi semalam.

Kemenangan itu membolehka­n Real merapatkan jurang kepada lima mata dengan pendahulu liga, Barcelona.

Real berdepan krisis di bahagian pertahanan dengan

Raphael Varane, kapten

ristiano

(gambar)

Sergio Ramos, Dani Carvajal dan pemain tengah berrtahan Casemiro tidak dapat diturunkan.

Namun Real berjaya mempamerka­n corak permainan menyerang menakjubka­n apabila mereka menjaringk­an semua gol sebelum rehat.

Nacho Fernandez membuka tirai jaringan buat Real seawal minit ketiga sebelum Ronaldo meledak gol kedua pada minit ke-23.

Dia yang mengetuai perarakan di Santiago Bernabeu bagi berkongsi kejayaan dengan penyokong Real atas kejayaan anugerah Ballon d’Or diterimany­a sebelum sepak mula perlawanan, menjaringk­an gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-31.

Dua lagi gol Real dijaringka­n oleh Toni Kroos pada minit ke-38 dan pemain muda berusia 18 tahun, Achraf Hakimi tiga minit sebelum rehat.

Jurulatih Real, Zinedine Zidane berkata, beliau gembira dengan prestasi ditunjukka­n anak buahnya terutama selepas seri tanpa jaringan dengan Athletic Bilbao, minggu lalu.

“Ia hari yang hebat buat kami kerana kami menang dan menjaringk­an banyak gol. Ia perlawanan yang lengkap untuk kami dan ia memberi makna yang besar buat saya.

“Prestasi kami meningkat dalam setiap perlawanan dan kami bermain lebih baik. Apabila anda bermain dengan lebih baik, anda akan mencipta banyak peluang. Kami mencipta banyak peluang hari ini dan menjaringk­an lima gol buat kali pertama musim ini,” kata Zidane.

Real ketika ini menghuni tangga ketiga liga dengan 31 mata, tiga mata di belakang Valencia yang berada di kedudukan kedua dan lima mata ketinggala­n di belakang pendahulu Barcelona. dengan Juventus.

Pasukan tangga keenam, Sampdoria juga terlepas peluang untuk merapatkan posisi ke tempat Liga Juara-Juara selepas mensia-siakan kelebihan dua gol pada babak pertama untuk sekadar seri 2-2 di Cagliari.

Inter boleh dianggap bernasib baik pulang dari Stadium Allianz dengan satu mata berikutan prestasi dominan tuan rumah yang mencipta banyak peluang kebanyakan­nya dicipta oleh Juan Cuadrado tetapi disia-siakan oleh Mario Mandzukic.

Penyerang Croatia itu melepaskan rembatan tepat ke arah penjaga gol Inter, Samir Handanovic selepas hanya lapan minit sekalipun lorongan Cuadrado berjaya merobekkan benteng pertahanan.

Mandzukic sekali lagi hampir memecah kebuntuan sebelum babak pertama berakhir juga berpunca daripada hantaran Cuadrado tetapi tandukanny­a sekadar menggelar palang. - Reuters

 ??  ?? RONALDO (kanan) diasak dua pemain Sevilla.
RONALDO (kanan) diasak dua pemain Sevilla.
 ??  ?? PEMAIN pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini (kanan) mengekang asakan pemain Inter Milan.
PEMAIN pertahanan Juventus, Giorgio Chiellini (kanan) mengekang asakan pemain Inter Milan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia