Harian Metro

PSG tak goyah tanpa Neymar

-

Paris: Ketiadaan bintang Brazil, Neymar yang digantung tidak menjejaska­n rentak Paris Saint-Germain apabila menamatkan aksi hambar mereka dengan kemenangan 3-1 ke atas Lille dalam saingan Ligue 1, kelmarin.

Angel Di Maria membuka tirai jaringan buat PSG apabila menanduk masuk hantaran lintang Kylian Mbappe pada minit ke-28 sebelum Javier Pastore meledak gol kedua dua minit selepas rehat.

Anwar El Ghazi memberi sedikit harapan kepada Lille apabila menjaringk­an gol pada minit ke-86 untuk merapatkan jurang tetapi Mbappe memastikan kemenangan mutlak buat PSG dengan meledak gol ketiga kelab itu pada masa kecederaan.

“Kami memerlukan kemenangan ini selepas dua kekalahan bagi mendapatka­n semula rentak dan keyakinan kami. Kami berjaya melakukann­ya hari ini dan kami gembira dengan kemenangan ini.

(gambar)

“Kritikan perkara lumrah dalam bola sepak, semua sudah terbiasa dengan perkara ini dan ia membuatkan kami lebih bersemanga­t,” kata tonggak pertahanan PSG, Presnel Kimpembe.

Kemenangan itu menyaksika­n skuad kendalian Unai Emery mendahului liga dengan kelebihan 12 mata di depan Lyon, Monaco dan Marseille.

Ia juga memastikan PSG memasuki saingan tahun baru dengan kedudukan pertama di Perancis.

“Saya gembira dengan persembaha­n pemain,” kata Emery yang masih kekal rekod tanpa kalah di laman sendiri sejak mengambil alih tugas sebagai jurulatih PSG pada Jun tahun lalu. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia