Harian Metro

‘SUDAHLAH...’

- AFP

London

 Conte anggap misi Chelsea pertahan trofi berakhir selepas tewas buat kali keempat

Antonio Conte menyatakan impian Chelsea mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris secara efektifnya sudah berakhir selepas pasukannya tewas 0-1 kepada West Ham United, malam kelmarin.

Kekalahan di Stadium London itu adalah yang keempat buat juara bertahan dalam 16 perlawanan awal liga sekali gus menyaksika­n mereka ketinggala­n 11 mata di belakang Manchester City, 24 jam sebelum pertembung­an pendahulu liga itu dengan pasukan tangga kedua Manchester United. “Bercakap mengenai pe- rebutan kejuaraan selepas satu kekalahan agak pelik,” kata Conte.

“Terutama sekali ini adalah kekalahan keempat dalam 16 perlawanan. Apabila anda mempunyai permulaan sebegini mustahil untuk memikirkan anda berada dalam perebutan kejuaraan.

“Jika anda mahu kekal dalam perebutan kejuaraan, anda hanya boleh kalah sekali atau dua dalam tempoh ini.

“Selepas 16 perlawanan jika anda tewas empat kali bermakna kami tidak pernah bermula dalam perebutan ini.

“Manchester City melalui musim yang fantastik dan jika anda mahu kekal dalam perebutan kejuaraan anda mesti konsisten tapi kami tidak konsisten.”

Conte menjelaska­n beliau percaya satu daripada alasan kehambaran pasukannya musim ini - tidak sepeti musim lalu mereka turut bersaing dalam bola sepak Eropah adalah kekurangan pilihan dalam skuadnya.

Pengendali Itali itu kecewa dengan kegagalan kelab itu membawa masuk ramai pemain ketika jendela perpindaha­n terakhir.

“Ramai pemain keletihan,” ujar pengurus berudia 48 tahun itu.

“Kami memulakan pramusim dengan pemain sama, pemain sama juga bermain hampir sepanjang masa dan sudah tentu anda terpaksa menerima hakikat ini.

“Jika anda ingat saya katakan sebelum ini ia amat sukar, terlalu sukar, jelas ia memang sukar.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia