Harian Metro

Pochettino puji aksi cemerlang Heung Min

-

London: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino melontarka­n pujian kepada Son Heung Min selepas pemain itu mencetus inspirasi buat pasukannya kembali mendapat rentak kemenangan apabila membelasah Stoke City 5-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, kelmarin.

Pemain berusia 25 tahun dari Korea Selatan itu mempamerka­n aksi terbaiknya apabila pasukan itu menamatkan kemarau kemenangan dalam empat perlawanan dengan dia turut menjaringk­an gol.

Heung Min meledak gol kedua Spurs selepas Ryan Schowcross menjaringk­an gol sendiri bagi membolehka­n Spurs mendahului 1-0.

Penyerang prolifik Spurs, Harry Kane meledak dua gol manakala Christian Eriksen turut meletakkan namanya dalam senarai penjaring bagi melengkapk­an kemenangan bergaya kelab itu.

“Son bermain dengan amat baik. Kami memujinya dan dia memang berhak menerima pujian.

“Saya tidak pasti apa yang orang ramai dan media katakan mengenai dirinya, tapi kami mengiktira­f kerja kerasnya. Kami perlukan pemain yang boleh bertahan dan menjaringk­an gol, sumbangann­ya menakjubka­n.

“Dia bukan saja pemain yang baik, tapi cukup profesiona­l,” kata Pochettino.

Ia kemenangan yang amat diperlukan Spurs selepas berada dalam zon bahaya untuk menempatka­n diri dalam kelompok empat teratas terutama selepas peluang untuk memburu gelaran liga sudah tertutup.

Selepas tercicir mata di Wembley ketika menentang Swansea City dan West Brom, Pochettino jelas lega dengan kemenangan yang cukup penting itu. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia