Harian Metro

Giroud ‘penyelamat’ Arsenal

-

Southampto­n, England: Tandukan minit akhir Olivier Giroud membantu Arsenal meraih satu mata apabila seri 1-1 di Southampto­n malam tadi ketika anak buah Arsene Wenger berjaya mengelak daripada kekalahan kedua berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.

Pasukan Wenger berada di ambang kekalahan selepas tewas di laman sendiri kepada Manchester United minggu lalu apabila mereka ketinggala­n menerusi gol Charlie Austin pada minit ketiga.

Namun penyerang Perancis, Giroud bertindak dua minit sebelum tamat apabila dia menanduk masuk hantaran silang Alexis Sanchez melepasi Fraser Forster tidak lama selepas tampil sebagai pemain gantian.

Mata tunggal itu bagaimanap­un menafikan Arsenal peluang untuk melonjak ke kelompok empat teratas.

Southampto­n boleh menganggap mereka tidak bertuah apabila percubaan Austin untuk meledak gol keempat dalam tiga perlawanan dibatalkan pengadil namun anak buah Mauricio Pellegrino hanya menang sekali dalam tujuh perlawanan terakhir mereka.

Selepas menyaksika­n pasukannya dibolosi dua gol awal ketika kalah kepada United, Wenger menggesa tumpuan penuh sejak wisel awal.

Malangnya buat Wenger, kata-katanya jelas bagaikan tidak dipedulika­n.

Per Mertesacke­r yang kembali ke dalam pasukan mengisi tempat Shkodran Mustafi yang cedera melakukan kesilapan yang mencetus gol pembukaan apabila Austin menyambut hantaran Dusan Tadic sebelum mengatasi Petr Cech dari jarak dekat. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia