Harian Metro

‘Mana dia nak ‘cekau’ duit?’

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Kalau seorang tuntut RM200,000, tujuh orang RM1.4 juta. Mana dia nak ‘cekau’ duit sebanyak itu?”

Itulah soalan yang dilontar oleh Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Kedah (KEPDA), Nor Asmadi Hamzah ekoran hasrat enam pemain Kedah mahu menyaman pemilik akaun Facebook, Muhammad Ridzwan kerana dakwaan rasuah yang dilemparka­n ke atas mereka dan jurulatih, Nidzam Adzha Yusoff.

Justeru, KEPDA menasihati Ridzwan supaya tampil bersemuka serta memohon maaf secara terbuka kepada Nidzam dan enam pemainnya dalam usaha mencari penyelesai­an terhadap isu berkenaan.

Asmadi berpendapa­t, ia jalan terbaik dan terakhir boleh dilakukan oleh Ridzwan selepas permohonan maaf secara terbuka yang dilakukan melalui YouTube baru-baru ini ditolak mereka.

Pada masa sama, Asmadi juga berharap Nidzam serta enam pemain berkenaan Khairul Helmi Johari, Rizal Ghazali, Syazwan Zainon, Amirul Hisyam Awang Kechik, Arif Farhan Md Isa dan Ifwat Akmal Chek Kassim dapat menerima permohonan maaf itu jika Ridzwan berani tampil bersemuka dengan mereka.

“Ridzwan bukan ahli KEPDA, malah saya secara peribadi tidak mengenali siapa dia. Tapi, sebagai kelab penyokong, kami berharap isu ini tidak berpanjang­an hingga ke mahkamah serta dapat diselesaik­an dengan baik.

“Kami memahami perasaan Nidzam, Keon (Khairul Helmi) serta rakannya bila dituduh begitu. Ia memang satu tuduhan yang keterlalua­n dan sangat melampau.

“Tapi, saya percaya individu yang menuduh mereka itu terlajak kata kerana didorong perasaan terlalu kecewa apabila Kedah kalah pada final Piala Malaysia. Saya yakin dia sudah sedar akan kesilapann­ya,” katanya.

 ?? Nor Asmadi Hamzah ?? Kami berharap isu ini tidak berpanjang­an hingga ke mahkamah”
Nor Asmadi Hamzah Kami berharap isu ini tidak berpanjang­an hingga ke mahkamah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia